Nasihat Rasulullah tentang pemimpin penipu
Oleh DR AHMAD SANUSI AZMI
RASULULLAH pernah berpesan bahawa akan datang satu zaman, si penipu akan diangkat dan dibenarkan. Sabda Rasulullah:
RASULULLAH pernah berpesan bahawa akan datang satu zaman, si penipu akan diangkat dan dibenarkan. Sabda Rasulullah:
Ų³َŁŲ£ŲŖŁ Ų¹ŁŁ
Ų§ŁŁŲ§Ų³ِ Ų³َŁَŁَŲ§ŲŖٌ Ų®َŲÆَّŲ§Ų¹َŲ§ŲŖُ ، ŁُŲµَŲÆَّŁُ ŁŁŁŲ§ Ų§ŁŁَŲ§Ų°ِŲØُ ، Ł ŁُŁَŲ°َّŲØُ
ŁŁŁŲ§ Ų§ŁŲµَّŲ§ŲÆِŁُ، ŁŁُŲ¤ْŲŖَŁ
َŁُ ŁŁŁŲ§ Ų§ŁŲ®َŲ§Ų¦ِŁُ ، ŁَŁُŲ®َŁَّŁُ ŁŁŁŲ§ Ų§ŁŲ£َŁ
ِŁŁُ
، ŁŁَŁْŲ·ِŁُ ŁŁŁŲ§ Ų§ŁŲ±ُّŁَŁْŲØِŲ¶َŲ©ُ . ŁŁŁ : ŁŁ
Ų§ Ų§ŁŲ±ُّŁَŁْŲØِŲ¶َŲ©ُ ؟ ŁŲ§Ł :
Ų§ŁŲ±Ų¬Łُ Ų§ŁŲŖَّŲ§ŁَŁُ ، ŁŲŖŁŁَّŁ
ُ ŁŁ Ų£َŁ
ْŲ±ِ Ų§ŁŲ¹َŲ§Ł
َّŲ©ِ
“Akan datang kepada manusia
tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta
dibenarkan (dipercayai) dan percakapan orang yang benar pula
didustakan, amanah diberikan kepada pengkhianat dan dikhianati
orang-orang yang amanah.
"Kemudian akan bersuaralah
golongan al-Ruwaibidah. Baginda S.A.W ditanya : Siapakah golongan
al-Ruwaibidah? maka Baginda S.A.W menjawab : Orang yang bodoh lagi fasik
berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar”.
(HR al-Bukhari)
Menurut al-Imam Ibn Taimiyyah, hadis ini
menggambarkan tentang kerosakan akhlak dan integriti pada ummah akhir
zaman. Golongan penipu dan pendusta diangkat menjadi pemimpin lalu
mereka mengeluarkan pandangan dalam perkara-perkara yang penting.
Dalam hadis ini juga Rasulullah
mengingatkan kita tentang kemunculan golongan yang dipanggil
Ruwaidbidah. Iaitu golongan yang jahil lagi fasiq yang memberikan
pandangan tentang urusan yang besar.
Baginda turut berpesan kepada kita
bahawa kepimpinan ini adalah amanah. Dan sekiranya amanah diberikan
kepada golongan yang salah, maka ia akan membawa kepada kemusnahan dan
kerosakan. Sabda Rasulullah:
ŁَŲ„ِŲ°َŲ§
Ų¶ُŁِّŲ¹َŲŖْ Ų§ŁْŲ£َŁ
َŲ§ŁَŲ©ُ ŁَŲ§ŁْŲŖَŲøِŲ±ْ Ų§ŁŲ³َّŲ§Ų¹َŲ©َ . ŁَŲ§Łَ : ŁَŁْŁَ
Ų„ِŲ¶َŲ§Ų¹َŲŖُŁَŲ§ ؟ ŁَŲ§Łَ : Ų„ِŲ°َŲ§ ŁُŲ³ِّŲÆَ Ų§ŁْŲ£َŁ
ْŲ±ُ Ų„ِŁَŁ ŲŗَŁْŲ±ِ Ų£َŁْŁِŁِ
ŁَŲ§ŁْŲŖَŲøِŲ±ْ Ų§ŁŲ³َّŲ§Ų¹َŲ©َ
“Sekiranya sesuatu amanah itu
disia-siakan, maka tunggulah akan berlakunya kiamat (kerosakan). Lalu
Sahabat bertanya: Apa yang engkau maksudkan dengan mensia-siakan amanah
wahai Rasulullah? Rasulullah lalu bersabda: Sekiranya sesuatu urusan
diberikan kepada yang bukan ahlinya (yang tidak berkelayakan), maka
tunggulah akan berlakunya kiamat (berlakunya kerosakan)."
(HR al-Bukhari).
Moga Allah membimbing kita semua.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.