https://critoxium.com/shop/

Terkini

Mampukah Husam Bantu Anwar Untuk Keseimbangan Politik Kaum ?



1. Semua kita sedar, PAS dan UMNO mainkan isu Melayu dan Islam sebelum PRU lagi. Memandangkan BN kalah - UMNO menjadi pembangkang bersama PAS - isu ini dimainkan dengan lebih hebat lagi.

2. Persepsi yang cuba dibina oleh PAS - UMNO, kononnya melayu rasa tidak terjamin di bawah kerajaan Pakatan Harapan. Makanya, diangkat kononnya DAP menguasai polisi dan dasar kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir.

3. Tidak boleh dinafikan juga, pemimpin melayu dalam kerajaan PH juga lemah dalam mengangkat polisi bersifat keseimbangan kaum dalam kerajaan - dari segi persepsinya amat ketara.

4. Memandangkan isu yang dimainkan adalah melayu, sudah pasti faktor insititusi Islam amat penting dilihat. Yang pasti, kementerian Agama boleh dianggap amat lemah dalam membina keyakinan dan rasa terjamin melayu terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

5. Berbagai isu yang dibangkitkan dari Kementerian agama - setakat ini - semua tidak menguntungkan sokong melayu kepada Pakatan Harapan. Bukan kerana kandungan isu itu tidak baik, tetapi kelemahan kementerian agama dalam menyusun dan membina naratif dalam membawa isu - pegawai media dan setiausaha akhbar yang amat jelas tidak berfungsi.

6. Rasa tidak terjamin itu ditunjuk oleh melayu - dapat dilihat melalui himpunan ICERD dan keputusan Pilihanraya kecil bagi parlimen Cameron Highlands baru-baru ini.

7. Andai Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, sedar atau tidak - Anwar amat berminat untuk mengambil Husam sebagai Timbalan beliau.

8. Dikhabarkan Anwar Ibrahim pernah mengungkapkan bahawa tanpa sentuhan tangan Husam, pembangunan ekonomi di Kelantan pasti perlahan. Perkara yang sama pernah diungkapkan oleh Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa menjadi Menteri Besar Kelantan.

9. Tanpa menafikan wujud kelemahan, Husam punyai kelebihan tersendiri dalam politik di Malaysia. Ekoran itu, di padang politik yang beliau berpencak (contohnya Kelantan) pasti beliau menjadi antara sasaran utama musuh - sama ada musuh luaran, mahupun dalaman.

10. Suka atau tidak, Husam amat dekat dengan politik masyarakat Melayu disamping beliau antara tokoh politik yang masyarakat Cina dan India agak senang dan selesa.

11. Minat beliau dalam bidang agama, pertanian, penternakan, malah dalam bidang ekonomi - yang bidang-bidang ini dekat dengan masyarakat melayu di Malaysia. Semua ini jika dapat diolah dalam bentuk polisi ekonomi yang baik, sudah pasti ia memberi kesan yang baik dalam membina keyakinan melayu terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

12. Sebagai seorang "kaki homework" sebelum masuk sebarang mesyuarat, Husam mungkin dapat mengimbangi pandangan-pandangan politik dari DAP dan BERSATU dengan mengambil kira faktor keseimbangan kaum di Malaysia.- FB Wanji Wanhussin Wanji

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.