Mengapa keras dengan DAP?
Oleh NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
MEREKA bertanya, mengapa begitu keras dengan DAP? Saya jawab, lihat juga DAP, mengapa mereka begitu keras dengan PAS?
Tiada isu. Ia masih dalam kerangka
demokrasi, kebebasan dan persaingan sihat. Ia bukan pertembungan fizikal
dan permusuhan zahir. Ia perebutan menguasai minda rakyat.
DAP adalah parti ideologi sebagaimana
PAS. Sini Islam, sana Liberal. Sini dunia akhirat, sana dunia
semata-mata. Sini menjulang Islam sebagai asas bernegara, sana akal
manusia mengganti tuhan sebagai asas bernegara.
PAS berpolitik berasaskan kewajiban
agama. DAP memusuhi politik berasaskan agama. Maka, persaingan adalah
tidak dapat tidak. Ia semulajadi politik dan pemerintahan.
Tiada rasis. Rasis bukan ajaran agama.
Tiada kezaliman. Ia bukan ajaran agama. Tiada kebencian sesama rakyat
dan masyarakat. Ia bukan daripada agama Islam.
Melayu lain, PAS lain. Cina lain, DAP
lain. Ia bukan pertembungan bangsa, bahasa atau warna. Ia pertembungan
pemikiran dan hala tuju politik. Itulah padang politik demokrasi.
Ia hanyalah ajakan kepada taqwa kepada
Allah atau meninggalkannya sebagaimana itulah kehendak DAP untuk
orang-orang Islam. Jadi seperti mereka.
Ia adalah persaingan demokratik merebut dan menguasai minda rakyat. Jaga ini baik-baik, Malaysia akan terus aman sejahtera.
PAS menyeru umat Islam, kembalilah kepada Islam yang sempurna, yang sejahtera, yang adil dan yang terbaik untuk negara.
Apabila umat Islam kembali kepada
agamanya, maka amat mudah bagi bukan Islam untuk mengenali Islam dan
menerimanya untuk Malaysia yang sejahtera.
Begitulah dakwah PAS
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.