Pemimpin tertinggi PAS, Hashim Jasin, hari ini tampil mempertahankan
tindakan Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang mengaku tidak berkata benar
semasa dihadapkan dengan isu audio pengakuan menerima dana Umno.
Hashim
yang kini dilantik menjadi mursyidul am PAS menggantikan bapa Nik Abduh
berkata, anggota parlimen Bachok itu berbuat demikian kerana keadaan
politik semasa yang disifatkannya dipenuhi "fitnah".
“Ada
keperluanlah (berbohong) sebab dalam suasana terlampau banyak fitnah
yang dilemparkan kepada PAS ini, maka secara logiknya maka kemungkinan
(terpaksa berbohong)," katanya
Bagaimanapun
Hashim - yang turut terpalit dengan tuduhan Sarawak Report bahawa dia
mendapat laba daripada dana Umno - mengakui tidak mengikuti isu
berkenaan sejak awal.
Kata Hashim, langkah diambil Nik Abduh diambil dalam usaha PAS melemahkan musuh mereka melalui gerak kerja perang saraf.
Hashim
berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Nik Abduh yang
mempertahankan tindakannya dulu menafikan kesahihan suara dalam audio
terbabit sebelum mengakuinya secara rasmi semalam.
Malah dalam kenyataan panjangnya itu Nik Abduh mendedahkan penafian tersebut dibuat dengan restu Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Contohi sirah nabi
Ditanya lebih lanjut mengenai pendiriannya itu Nik Abduh kemudian menegaskan, langkah seumpama itu juga pernah dilakukan bapanya yang juga bekas menteri besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mengulas
lanjut, Hashim berkata ketika zaman Nabi Muhammad sebelum ini, seorang
sahabat baginda, Naim Masud, juga terpaksa berbohong demi
memecah-belahkan musuh Islam iaitu Yahudi dan Quraisy.
“Memang
dalam Islam tak dibolehkan berbohong tapi dalam sejarah pernah berlaku
di zaman Nabi Muhammad, Naim Masud, (dia) peluk Islam, dia bagitahu pada
nabi (dia masuk Islam) dan nabi kata, jangan isytiharkan Islam kamu
kerana kedudukan kamu boleh membantu jemaah.
“Kamu baik dengan orang Yahudi, orang Yahudi percaya dekat dia (Naim), Quraisy pun percaya pada dia (Naim juga).
"Jadi nabi ambil kesempatan tu sebagai perang saraf untuk dia bertindak supaya pecah-belahkan Yahudi dan Quraisy," katanya.
Menurut
Hashim pada zahirnya langkah itu memang suatu pembohongan tapi ada
kepentingan yang besar kepada Islam, justeru Quraisy tak percaya kepada
Yahudi dan Yahudi tak caya kepada Quraisy.
Ditanya reaksi ahli PAS apabila melihat pimpinan mereka berbohong, Hashim berkata, situasi tersebut akan reda tidak lama lagi.
“Saya kira benda ni sekejap sahaja dan mereka akan saksikan kebenaran daripada tindakan yang dibuat,” katanya.
Hashim
turut berkata, buat masa ini Majlis Syura Ulama PAS juga tidak
membincangkan isu tersebut kerana ia berada didperingkat jawatankuasa
politik.
“Perkara ni diluar pengetahuan saya kerana kami diajar
tugas yang tertentu tak libatkan isu berbangkit kerana dia (isu lain)
dibawa jawatankuasa pusat, politik.
“Jadi secara peribadi kami tak
pernah bincang perkara itu dalam syura, tapi kalau ada perkara-perkara
yang mendesak, yang dibenarkan oleh agama kita demi perkara yang lebih
besar yang berbangkit.
"Jadi saya rasa cara (Nik Abduh) pegang dah betul, jadi ikut suasana tu,” katanya.
Nik Abduh berbohong sebab PAS teruk difitnah, kata Hashim
Reviewed by editorreformis
on
Februari 14, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
KUALA LUMPUR : Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mahu masyarakat berkongsi kisah kejayaan mengenai guru yang mereka kenali supaya menj...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.