Perkembangan awal Pirake Semenyih
Oleh Mohd Sayuti Omar
SEHINGGA kini saya belum lagi turun ke Semenyih. Kempen pilihan raya kecil itu sudah pun berlalu lebih seminggu. Hari penamaan calon 16 Februari lalu. Hari mengundi awal 26 manakala mengundi penuh 2 Mac.
Katanya suasana di Semenyih kian hebat dan panas. Ramai yang bertandang ke sana sama ada untuk berkempen bagi memenangi calon atau parti masing-masing atau sekadar membuat tinjauan sambil jalan-jalan cari makan.
Insya-Allah saya akan cuba menyempatkan diri juga untuk turun ke Semenyih, untuk lihat sendiri apa yang sedang berlaku di sana. Walaupun maklumat dan laporan dalam media sosial sudah boleh dijadikan sumber untuk membuat andaian serba sedikit tetapi tidak sahih, selagi tidak disaksi dengan mata kepala sendiri. Dan banyak cakap-cakap kedengaran mengatakan PH akan kalah dalam pilihan raya itu nanti.
Seperti juga di Pirake Cameron Hinglands (CH) tempoh hari, apa yang orang ingin ketahui ialah, mampukah PH mengekalkan kerusi N 24 Semenyih itu? Atau ia berlaku seperti di CH, dimana PH tertungging kalah. Kerusi Semenyih ini lebih bermakna untuk PH kerana ia miliknya sebelum ini. Ia lebih bermakna dari kerusi CH yang jadi milik BN.
Persoalan ini timbul apabila mengambil kira Pirake di Cameron Higlands lalu yang dimenangi oleh BN. Ramai orang beranggapan dari segi logik kerusi Cameron Highlands sepatutnya tidak dapat kepada BN memandangkan PH kini menjadi kerajaan Malaysia. Kapasiti itu memberi kelebihan kepada PH, sebaliknya tidak berlaku.
Begitu juga dalam suasana dosa-dosa Najib Razak masih bertompokan, yang mana ia menjadi liabiliti kepada BN dan akan membantu PH (DAP) untuk merampas kerusi itu. Tetapi apa terjadi sebaliknya calon BN menang besar mendapat lebih 3,000 undi majoiri. Kekalahan PH di Cameron Hinglads itu memberi malu besar kepada PH buat kali pertama setelah menang di empat kali Pirake kecil sebelum ini, Sungai Kandis, Seri Setia, Belakong dan Port Dickson.
Sejarah di Cameron Hinglads itu katanya cuba hendak dibawa ke Semenyih. BN menggunakan semangat tanah tinggi itu untuk dibawah ke Semenyih. Inilah menjadi Semenyih mendapat perhatian umum. Orang ramai tidak sabar-sabar menunggu keputusan 2 Mac nanti. Kemenangan di Semenyih juga nanti memberi jaminan yang BN akan dapat mengekalkan kerusi Rantau pula selepas ini.
Lihat beberapa fakta.
Sebelum menyelami realiti terkini apa berlaku di Semenyih, mari kita lihat dahulu beberapa fakta atau perkembangan di Semenyih yang boleh dijadikan panduan. Dun Semenyih mempunyai 53,257 pengundi. Peratus mengundi yang keluar dalam Piraum lalu sebanyak 87.90%.
Dalam pilihan raya lalu calon PH Bakhtiar Mohd Nor menang dengan mendapat 23,428 undi, dalam pertandingan tiga penjuru di antara BN dan Pas. Calon BN Johan Aziz memperolehi 14,464 undi manakala calon Pas, Mohd Shahmior Mat Kosim memperolehi 6,966. Seorang lagi calon PSM mendapat 1,293 undi.
Majoiri diraih oleh Mohd Bakhitar ialah 8,964.
Sekiranya berlaku ulangan senario pertandinagn pada tahun 2018, di atas kertas calon PH diramalkan dapat mengekalkan kerusi tersebut dengan mudah. Majoriti diraih 8,964 adalah besar. Paling tidak sekiranya berlaku pengurangan peratus keluar mengundi, PH masih mampu menang sekitar 3,000. Bagai mana pun situasi sekarang ini tidak sedemikian, sudah berubah.
Perlawanan berlaku 2 Mac ini hanya dua penjuru sahaja, di antara PH dengan BN, tanpa melibatkan Pas yang berperanan memecah undi seperti sebelum ini. Walaupun PSM terus istiqamah dan berprinsip berbanding dengan Pas, ikut meletakkan calon namun parti itu tidak akan memberi cabaran sebenar.
Dalam pilihan raya kali ini paling meruja dan menarik bukan sahaja kerana Pas menarik diri daripada ikut bertanding, tetapi menyatakan sokongan kepada BN. Tindakan Pas enggan meletak calon itu merupakan satu pakatan politik dengan BN, bermotifkan untuk membantu BN memalukan PH.
Pendirian dan sikap Pas inilah akan merubah senario dan sekaligus menjadi pirake itu menarik. Sifirnya mudah sahaja, kalau Pas benar memberi undi kepada BN (mengikut undi lalu, sebanyak 6,966), dengan mudah BN memperolehi undi sebanyak, 21,450. Jika dibandingkan dengan undi PH dalam pilihan raya lalu sebanyak 23,428 bermakna, BN akan kekurangan 1,978 undi sahaja.
Dengan kelebihan itu, hakikatnya untuk BN menang ia hanya memerlukan 999 undi sahaja. Apakah percaturan BN - Pas itu akan jadi realiti? Ini yang ditunggu. Jika ia menjadi realiti, Pirake itu meletakkan PH dalam keadaan cukup mencemaskan. Apa lagi suasana kini orang ramai sedang memberi perhatian kepada pembangkang kerana kecewa kepada PH. Suasana ini tidak sukar untuk BN menambah undi sebanyak itu.
Mungkin sedikit terperanjat dan mengira senario itu tidak akan berlaku apabila mendengar pernyataan Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad yang memberi tahu kononnya presiden Pas Abdul Hadi Awang memberi tahunya Pas tidak akan mengambil bahagian dalam pilihan raya itu. Pas tidak akan memberi sokongan kepada BN sebaliknya akan menyokong Dr Mahathir.
Jika ini berlaku, keadaan cemas PH seperti dihuraikan tadi boleh terubat sedikit. Soalnya apakah benar apa didakwa Dr Mahathir itu dilaksanakan Pas? Perkembangan itu menjadi teka teki kerana sebelum siang berbalik menjadi malam, Pas mengeluarkan kenyataan yang mereka tetap bekerjasama dengan BN. Dan pada hari penamaan calon masih kelihatan para pemimpin Pas berlarak dan bersalawat mengiring calon BN Zakaria Hanafi.
Bagi mereka yang sudah makrifat dengan politik sorong tarik Pas dan mengenali cara peribadi siaasah Abdul Hadi, kenyataan dan dakwaan Dr Mahathir itu tidak membantu PH. Kenyataan daripada pemimpin Pas sebagai menjelaskan dakwaan Dr Mahathir itu menunjukkan dakwaan Hadi sokong PH itu adalah tipu.
Umum tahu Hadi jumpa Dr Mahathir kerana ada undang disebalik batu. Beliau membawa cerita indah kepada Dr Mahathir kerana ada sesuatu diharapkan. Lagipun kalau benar Pas menyokong PH kenapa tidak ada kenyataan terbuka dibuat?
Katakan Hadi tidak turun berkempen bagi membenarkan apa Dr Mahathir dakwa itu, tindakan itu tidak pun merubah sikap dan pendirian orang Pas di Semenyih. Ikatan kerjasama yang dibentuk selama ini, secara "sumbang mahram" akan teguh dan mereka tetap akan menyokong calon BN. Apa yang berlaku di Cameron Hinglads akan berulang, orang Pas akan mengundi calon BN.
Seperti disebutkan tadi kombinasi BN dengan Pas akan memberi kesan buruk kepada PH. PH tidak akan menang mudah di Semenyih untuk mengekalkan kerusi itu. Kepercayaan kepada jaminan Hadi Awang seperti disuarakan Dr Mahathir itu tidak boleh diambil kira. PH jangan tidur dalam perut Pas. Kalau hendak menangkan calon PH Aiman Zainali, PH kena terus kuatkan kerja.
Satu lagi petunjuk apakah BN akan berjaya merampas kerusi Semenyih itu bersama Pas atau tidak, bergantung kepada peratus keluar mengundi nanti. Jika peratus mengundi mencecah 87.90% seperti dalam Piraum lalu, BN mempunyai harapan untuk menang. Sebaliknya kalu peratus dibawah 70%, saya mengira PH akan berjaya mengekalkan kerusi Semenyih tetapi majoritinya sangat tipis.
Apapun petunjuk jelas kedudukan di Semenyih itu akan lebih nyata lagi menjelang beberapa hari lagi. Selalunya dalam tempoh 48 jam terakhir menjelang hari mengundi selalu berlaku beberapa kejutan yang boleh merubah keadaan. Sama-sama kita tunggu.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.