https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pesawah Padi Vs Broker Padi Vs Tauke CIna


Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Tahukah anda bahawa hampir keseluruhan petani dan pesawah di Kedah (atau mungkin juga dinegeri lain) sebenarnya secara tidak langsung bekerja di bawah seliaan tauke-tauke Cina? Walau sekuat mana pun semangat keMelayuan mereka, mereka sebenarnya terpaksa menjadi buruh kasar tauke kilang beras sahaja tanpa mereka sedari.

2) Bagaimana kita boleh katakan mereka bekerja untuk tauke Cina? Ia bermula daripada kelemahan kerajaan, kelemahan Bernas, dan kelemahan broker padi Melayu sendiri. Akibat kelemahan kerajaan dan Bernas, tauke-tauke Cina berhasil 'membeli' para broker Padi dalam kalangan orang Melayu, secara tidak langsung hasil padi para petani menjadi sumber tetap kepada tauke-tauke Cina.

3) Sifirnya bermula begini. Setiap petani yang menanam padi atas tanah sewaan ataupun tanah sendiri, tidak akan mampu untuk menuai hasil sendirian, kerana tidak cukup kelengkapan secara personal. Jadi, bantuan broker padi yang memiliki mesin padi, traktor, lori dan pekerja yang ramai adalah diperlukan. Mereka membayar upah kepada broker padi untuk kerja menuai, atau membajak dan sebagainya.

4) Setiap kawasan akan ada satu atau dua broker padi yang mendominasi. Jika hanya terdapat satu, ia akan memonopoli hasil para petani. Jika terdapat lebih daripada satu, mereka akan bersaing, ataupun sama-sama kawtim. Mereka broker padi ini umpama abang long kawasan yang para pesawah padi terpaksa tunduk kepada mereka.

5) Andai ada pesawah buatkan mereka marah, atau sakit hati, atau bergaduh, hukumannya mudah. Padi pesawah tersebut tidak akan dituai walau sudah masak, hatta terpaksa mereput.

Pesawah boleh mencari broker lain yang mungkin di luar kawasan. ia bergantung kepada jarak juga dan kos upah akan bertambah. Bernasib naik jika dalam kawasan yang sama ada broker pesaing. Tapi kalau sama-sama broker kawtim, effectnya sama. Bahkan ada pula 'perjanjian' antara broker-broker padi supaya tidak 'langgar' kawasan. Atas faktor ini, para pesawah terpaksa tunduk dan akur kepada broker padi.

6) Manakala para broker Padi pula, menjual hasil padi yang dituai daripada pesawah, kepada tauke-tauke kilang padi Cina. Dahulu mereka menghantar hasil padi kepada kilang LPN dan kemudian menjadi Bernas. Tetapi sekarang mereka beralih kepada kilang-kilang Cina kerana mereka ditawarkan imbuhan oleh tauke Cina atas setiap tan padi yang mereka hantar.

7) Hampir semua broker padi menjual kepada kilang-kilang Cina, mengakibatkan kilang-kilang Bernas satu persatu terpaksa dihentikan operasinya di Kedah. Kilang-kilang padi tauke ina tumbuh bagaikan cendawan dan membesar. Sehinggakan satu kilang mereka mampu memproses 100 ribu tan dalam satu-satu masa. Ada juga kilang beras Melayu, tetapi kecil-kecilan, mampu proses 3-4 ribu tan sahaja satu-satu masa.

8 ) Dengan penguasaan ke atas broker-broker padi Melayu, kilang-kilang padi tauke Cina tidak ada masalah kesuntukan sumber padi. Malahan bukan sahaja imbuhan untuk setiap tan padi diberikan kepada broker padi, malah tauke-tauke Cina juga menghadiahkan trip Umrah dan Haji juga kepada broker-broker padi. Hatta jika broker-broker padi mahu pinjam RM100ribu, tauke Cina akan bagi on the spot, tanpa faedah. Jadi, apa lagi yang broker-broker padi mahu? Melainkan terus supply hasil padi kepada tauke Cina lah!

9) Manakala para pesawah tidak sedar, mereka secara tidak langsung bagaikan buruh yang bekerja untuk supply padi kepada tauke Cina. Secara tidak langsung. Tanpa mereka sedar. Mungkin juga tanpa mereka tahu-menahu. Mereka menjadi kuli kepada tauke Cina, walaupun tanah sawah itu tanah mereka, modal menanam padi itu modal mereka. Bagaimana mahu jual kepada Bernas atau kilang Melayu? Sungguh, tiada peluang langsung, melainkan mereka menuai sendiri dengan mesin sendiri dan angkut dengan lori sendiri.

10) Ada cubaan para pesawah yang menyedari perkara ini cuba untuk menubuhkan koperasi pesawah. Dengan koperasi ini, mereka akan menyelia dan menjadi alternatif kepada broker padi bahkan perancangan jangka panjang untuk mewujudkan kilang sendiri memproses padi. Tetapi cadangan ini dibangkang keras oleh broker padi kawasan, berbaur ugutan juga. Hasilnya, idea tersebut berkubur.

11) Kilang-kilang Cina sudah established banyak di Kedah. Awalnya ramai juga orang Melayu bekerja dengan kilang-kilang tersebut. Mereka dilayan dengan baik. Tetapi sekarang perniagaan sudah maju. Pekerja Melayu juga sudah tidak dilayan dengan baik. Selalu kena warning, kalau tak buat kerja dengan baik, akan dipecat. Dahulu tauke tidak berani untuk pecat pekerja Melayu sebab pekerja Melayu ramai, kerana kilang juga berada dalam kawasan orang Melayu. Sekarang tidak takut lagi untuk pecat, kerana tenaga kerja Bangla lebih berbaloi.

12) Kesimpulannya, orang Melayu akan terus menjadi bahan manipulasi tauke Cina. Para pesawah sudahlah bekerja keras, hasil padi dibeli murah. Yang untungnya tauke besar. Tapi adakah salah tauke Cina sebenarnya? Atau salah polisi kerajaan dan abaik terhadap Bernas? Atau Bernas buat kerja sambil lewa? Atau broker padi yang bersalah? Tolong sampaikan kepada menteri, mungkinkah beliau akan menangis sekali lagi?

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.