Benarkah ada undi tidak percaya?
Oleh MALIKE BRAHIM
Percaturan dan perkiraan politik nasional kini kian rumit. Jika diukur dari segi kerusi Parlimen, tiada sebuah parti pun yang mempunyai kelebihan besar. Justeru, hanya melalui kaedah pakatan adalah jalan terbaik untuk membentuk kerajaan. Dalam keadaan itu, fenomena melompat parti boleh berlaku bila-bila masa sahaja.
Terkini kerajaan Pakatan Harapan (PH) menguasai 135 daripada 222 kerusi Parlimen dengan Bersatu memiliki 22 kerusi, DAP (42), PKR (50), Amanah (11), Warisan (9), dan UPKO (1). Pembangkang dan Bebas menguasai 87 kerusi. UMNO memiliki 38 kerusi, MIC (1), MCA (1), Pas (18) dan Bebas (1). Gabungan Parti Sarawak (GPS) merangkumi PRS (3), SUPP (1), PDP (2) dan PBB (13). Di Sabah, PBRS (1), PBS (1), STAR (1) dan Bebas (6).
Kini pemerhatian politik terarah kepada krisis dalaman PH. Fenomena melompat parti daripada UMNO menyertai Bersatu antara pemangkin kepada krisis itu. Ia dilihat sebagai agenda menghidupkan semula roh UMNO melalui Bersatu. Lantas ini mengukuhkan lagi peranan Bersatu dalam PH. Jika Bersatu semakin kukuh, agenda PKR dan DAP untuk menaikkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri terus tertangguh.
Inilah keresahan dalam PH khususnya yang pro-Anwar. Bahkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat banyak berbeza pandangan dengan sekutunya dalam PH. Hal ini menjadikan beliau semakin dominan. Lantas ada desakan agar beliau melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri.
Jika desakan itu tidak berkesan, jalan terakhir adalah melalui undi tidak percaya di Parlimen.
Desas-desus tentang undi tidak percaya bertiup kencang dalam beberapa hari ini dan itu boleh menjadi petanda bahawa kerajaan PH tidak stabil. Jika betul ada undi tidak percaya, mampukah Dr. Mahathir ditumbangkan? Walaupun DAP dan PKR menguasai 92 kerusi, tetapi penulis percaya dalam PKR tidak 100 peratus menyokong usul itu. Ini kerana dalam PKR difahamkan wujud kumpulan yang pro-Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Jika kumpulan pro-Anwar turut disokong oleh Amanah, belum tentu kumpulan pro-Mohamed Azmin menyokongnya.
Kedudukan ini merumitkan lagi keadaan dan PH menuju kehancuran. Jadi, siapa untung dan rugi jika undi tidak percaya dilakukan? Siapa bakal menjadi mangsa? Dalam keadaan politik tidak stabil itu, fenomena melompat parti terus berlaku. Dahulu sekutu kini seteru dan perkara itu tidak boleh dinafikan. Jika DAP dan PKR berani (melakukan undi tidak percaya), agenda itu tidak perlu ditangguhkan. Hal ini tiada masalah bagi Amanah untuk menyokongnya. Agenda ini boleh percepatkan dalam usaha menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri. Namun, dalam perkembangan muktahir ini, Warisan berkemungkinan besar menolak undi tidak percaya itu.
BERPUTIH MATA?
Benar usul itu penting, tetapi undi tidak percaya itu belum tentu berjaya mendapat sokongan majoriti bagi menjatuhkan Dr. Mahathir. Jika silap percaturan, kesannya kedudukan beliau semakin kukuh. Risikonya, bagi kumpulan penyokong Anwar mungkin bakal berputih mata dan kempunan untuk melihatnya menjadi Perdana Menteri. Ahli Parlimen dari Sarawak dan Sabah pada pengamatan penulis kekal menyokong Dr. Mahathir.
Andai sokongan ini juga dari UMNO dan Pas, ternyata sukar untuk memastikan undi tidak percaya itu berjaya. Namun, perjuangan itu harus berani menghadapi risiko. Inilah perjudian dalam politik sama ada terus kukuh atau jatuh angkara agenda yang diatur sendiri. Lagi pun Dr. Mahathir tidak memberi sebarang petunjuk bila akan melepaskan baton itu kepada Anwar.
Seperti yang disebut, ada risiko Anwar terlepas segala peluang itu dan berpihak kepada Mohamed Azmin andai beliau menyokong Dr. Mahathir. Justeru, agenda menaikkan Anwar sebagai Perdana Menteri terus tertangguh dan mungkin terus terkubur.
Bahkan jika Ahli Parlimen UMNO terus melompat kepada Bersatu atau menjadi sekutu politiknya, tidak mustahil ada dalam kalangan mereka yang boleh diangkat sebagai Perdana Menteri misalnya bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Justeru, isu melompat parti dan undi tidak percaya itu boleh menjadi badi kepada usaha menaikkan Anwar sebagai Perdana Menteri. Jika ramalan ini benar, peranan DAP dan PKR dalam kerajaan PH tercabar. Lebih besar lagi mungkin peranan kedua-dua parti berkenaan bertukar menjadi pembangkang. Dengan itu, Dr. Mahathir terus gah di persada politik negara.
Mahu tidak mahu usul undi tidak percaya kepada Dr. Mahathir harus diperhalusi dan mengambil kira risikonya. Bak kata pepatah, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Mereka yang bermati-matian berusaha menjatuhkan Dr. Mahathir, tetapi pihak lain yang bakal menjadi Perdana Menteri. Jadi, undi tidak percaya itu sebenarnya berisiko tetapi boleh diusulkan. Agenda ini memberi gambaran jelas bahawa kerajaan PH berhadapan krisis dalaman dan tidak mustahil boleh menuju kehancuran.
- DR. MALIKE BRAHIM ialah Perunding Kanan Global Political Analyst and Academic Consultant (GoPAC).

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.