Anwar tidak saman Hadi sebab pernah kawan baik
Oleh
ANWAR Ibrahim berkata beliau pernah dinasihatkan oleh peguamnya untuk menyaman Presiden PAS Abdul Hadi Awang susulan tuduhan komplot untuk menyingkirkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun ahli Parlimen Port Dickson itu berkata beliau enggan mengambil tindakan undang-undang kerana pernah bersahabat baik dengan Hadi.
“Saya bukan macam PAS saman Sarawak Report tapi tarik balik, tak.
“Saya tak mahu sebab beliau pernah jadi sahabat. Ini bukan cara politik. Kamu berjubah atau berserban tak boleh menghalalkan cara,” katanya ketika menyampaikan ceramah sempena kempen PRK Semenyih di Kantan Permai malam tadi.
Dalam ceramah itu, Anwar berkata Hadi bermain politik apabila melemparkan tuduhan tanpa sebarang bukti.
“Tuduhan itu berat tuduhan yang mahu menjatuhkan kawan, perdana menteri.
“Saya nak nasihat tak usah main politik. Kalau ada bukti silakan kalau tidak ini fitnah saya.”
Anwar berkata Hadi sengaja melaga-lagakan hubungan baiknya dengan Dr Mahathir, bagi mengalihkan tumpuan kes rasuah RM90 juta yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“PAS sengaja laga sebab nak tutup kes 90 juta SPRM. Saya sebut di sini bukan saya nak bermusuh. Saya tak kata semua ahli Umno terlibat dan bukan semua ahli PAS.
“Tapi apabila beliau (Hadi) tuduh saya masa di PRK Port Dickson, saya tak sentuh pun PAS selain saya terangkan dasar.
“Tapi sekarang ini teruk betul saya pula kena tuduh komplot nak jatuhkan Dr Mahathir. Sayang betul mereka dekat Dr Mahathir,” katanya.
PRK Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PH, BN, Parti Sosialis Malaysia dan seorang calon Bebas.
PH mempertaruhkan Mohd Aiman Zainali, 30, bendahari Bersatu di Hulu Langat. Jurutera elektrik itu juga menantu kepada penyandang DUN Semenyih, Bakhtiar Mohd Noor yang meninggal dunia pada 11 Januari lalu.
BN pula meletakkan pemimpin akar umbi Umno, Zakaria Hanapi sebagai calonnya manakala calon PSM ialah Nik Aziz Afiq Abdul, 25. – 24 Februari

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.