Sijil bukan syarat pemimpin?
YA. Sijil bukanlah syarat untuk menjadi pemimpin. Tetapi syarat utama adalah berilmu. Memiliki daya intelektualiti tinggi.
Tuhan nyatakan syarat ini dalam dua kisah:
(1) Pelantikan Talut sebagai Raja:
قَالَ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ
"Nabi mereka berkata:
"Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi Raja kamu, dan
telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan
kegagahan tubuh badan"."
[al-Baqarah: 247]
(2) Pelantikan Nabi Yusof sebagai Menteri Kewangan:
قَالَ اجْعَلْنِي عَلَىٰ خَزَائِنِ الْأَرْضِ ۖ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ
"Yusof berkata: "Jadikanlah
daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia
menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi berilmu"."
[Yusuf:55]
Sijil adalah tanda pengiktirafan
keilmuan seseorang. Namun tidak berguna sijil bergulung-gulung tetapi
tidak memimpin berasaskan intelektualiti dan manhaj ilmu, sebaliknya
mengikut budaya Populisme dan dipengaruhi Materialisme.
Kecacatan pemerintahan negara,
kepimpinan masyarakat malah turut melanda jemaah Islam hari ini akibat
dari pemilihan pemimpin yang tidak bercirikan konsep Qiyadah Mufakkirah
(pemimpin pemikir). Pemimpin dipilih lebih kepada personaliti menarik
pada pandangan awam, pandai berpidato dan memanipulasi sentimen.
Kejahilan awam terhadap tanggungjawab memilih pemimpin turut menyumbang
kepada kemunculan pemimpin Ruwaibidhoh. Sehinggakan penipu dan
pengkhianat pun boleh diangkat sebagai pemimpin.
Maka lahirlah kerosakan terhadap organisasi yang dipimpin. Sesat lagi menyesatkan.
Pilihlah pemimpin sebaiknya. Utamakan orang berilmu, tolak penipu!
(ALANG IBN SHUKRIMUN) -





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.