Istilah 'Orang minyak' yang sering disebut-sebut dalam dongeng Melayu
adalah suatu watak yang benar. Dia disifatkan sebagai seorang yang
licik, berminyak dan liar, yang menyusup masuk ke dalam rumah orang
untuk mencuri dan merogol.
Tidak lama lagi, Umno dan PAS akan
mencalonkan 'orang minyaknya' untuk bertanding dalam pilihan raya kecil
(PRK) Semenyih pada 2 Mac 2019. Apakah sebabnya? Ada beberapa sebab
untuk itu, dan yang paling penting sekarang adalah mengetahui sebab
utama mereka.
Pertamanya, Umno dan PAS telah pun pecah tembelang.
Hatta Presiden PAS Abdul Hadi Awang terpaksa menarik balik saman beliau
terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown di London.
Meskipun
menganggap dirinya sebagai tokoh Islam, Abdul Hadi telah mengabaikan
peluang untuk mencabar tuduhan Clare Rewcastle-Brown, seorang wartawan
yang berpengalaman bersama British Broadcasting Corporation (BBC),
bahawa pimpinan PAS telah menerima sejumlah wang dari Umno. Jumlahnya
agak besar, iaitu RM90 juta.
Melihat betapa beratnya tuduhan ini,
dan jumlah suapan yang agak besar, kita menjangkakan bahawa pasti Abdul
Hadi akan menyangkal tuduhan Clare dan mempertahankan kebenaran
habis-habisan. Tetapi, kebenaran tidak penting buat Abdul Hadi.
Nampaknya beliau telah mempelajari suatu tabiat baru daripada Umno dan bekas perdana menteri Najib Razak dan rakan-rakannya.
Seandainya
menarik balik saman tidak membuktikan kesalahannya, rakyat masih boleh
menilai kerana artikel asal masih ada pada laman sesawang Sarawak Report.
Ratusan
ribu rakyat Malaysia termasuk ahli akademik, jika tidak jutaan, yang
mengikuti perkembangan politik tanah air akan menganggap artikel
tersebut sebagai benar.
'Pertandingan malu'
Keduanya,
tuduhan suapan RM90 juta itulah yang menjadikan PAS tidak lagi mampu
untuk menyelindungi malunya. Apabila ia berterusan didesak, tiada lagi
jalan selamat kecuali mengharapkan Umno untuk melindunginya.
PRK
Semenyih merupakan titik tolak kepada 'pertandingan malu'. Daripada
mengaku akan salah silap sendiri, Umno dan PAS akan memperkukuh pakatan
kerjasama mereka untuk mencabar hampir sesiapa sahaja yang mempunyai
kaitan dengan Pakatan Harapan (PH).
Satu-satunya jalan untuk
menewaskan PH adalah dengan cara putar-belit dan taktik licik. Oleh itu,
sesiapa sahaja yang akan mewakili Umno dan PAS kelak tidak ubah seperti
'orang minyak' yang licik dan licin itu, sebagaimana yang pernah
ditayangkan dalam filem 'Sumpah Orang Minyak' arahan Tan Sri P Ramlee.
Ketiga,
PAS sedar bahawa perbicaraan Najib akan bermula tidak lama lagi. Lebih
banyak liputan berita akan disiarkan dan lebih banyak maklumat mengenai
penyaluran wang yang kompleks akan didedahkan, menjadikan Umno dan PAS
semakin terbenam ke dasar kegelapan.
Apabila tidak lagi
mempunyai pilihan, apakah yang akan dilakukan oleh Umno dan PAS? Mereka
akan menekan butang ‘nafi.’ Menafikan keterlibatan mereka dalam setiap
perkara, terutamanya yang berkaitan dengan kemelut kewangan 1MDB, SRC,
dan termasuklah Goldman Sachs.
Adapun
PH, ia juga tidak terlepas daripada dirudung malapetaka. Dalam kalangan
pimpinan PH sendiri, ada yang telah dikesan sebagai memiliki ijazah
palsu.
Namun setidaknya, ada daripada kalangan mereka,
seperti Timbalan Menteri Perdagangan Ong Kian Ming yang menegur mengenai
tindakan pemalsuan itu, sebagaimana yang penulis juga cuba lakukan.
Walau
apa pun, kita mesti mengakui bahawa PRK Semenyih tidak boleh diambil
mudah. Sekiranya PH ingin kekal berkuasa di Putrajaya, ia mesti
mengambil serius PRK ini, terutamanya apabila dikatakan bahawa demografi
kawasan tersebut bermajoriti Melayu.
Jumlah komposisi Melayu
tidak akan mencecah lebih daripada 68% di kawasan bandar. Tetapi pada
kali ini di Semenyih, jumlah itu agak tinggi. Oleh itu, sama ada peratus
keluar mengundi tinggi ataupun rendah pada 2 Mac kelak, ia tetap akan
dijadikan sebagai barometer oleh para penganalisis terhadap prestasi PH.
Mereka juga akan terkesima melihat bagaimana Umno dan PAS
berpakat dan merencana bersama untuk menempatkan orang minyak di kawasan
yang tidak seberapa jauh daripada Putrajaya itu.
Seringkali kita
terdengar, berhati-hatilah dengan orang yang menjual minyak ular. Namun
dalam hal ini, rakyat perlu lebih berhati-hati dengan 'orang minyak'
daripada Umno dan PAS.
Sekiranya ada yang terlupa bagaimana
rupa dan tindak-tanduk orang minyak, tidak rugi untuk menonton kembali
filem monumental al-Marhum Tan Sri P Ramlee semula.
RAIS HUSSIN merupakan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Sumpahan orang minyak di Semenyih?
Reviewed by editorreformis
on
Februari 11, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
By TK Chua I am trying to explain, based on my experience and observations, why the RM18 billion that was supposed to be in the “GST r...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.