Umno K'tan harap wujud penyatuan dengan PAS
Umno Kelantan berharap hubungan dengan PAS dapat
direalisasikan dengan membentuk satu hubungan lebih kukuh yang bukan
sahaja persefahaman dalam kerjasama tertentu.
"Badan Perhubungan Umno Kelantan adalah antara yang terawal membuat ketetapan bukan sahaja menyokong malah mendesak agar penyatuan politik dilaksanakan.
"Kita memohon agar satu pakatan hendaklah disegerakan. Sekarang keadaan bangsa dan agama cukup terancam dan amat penting wujudnya penyatuan," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam bersama Media di Kota Bharu, malam tadi.
Jelasnya, apa yang perlu dilakukan lagi adalah perundingan lanjut dan sesuatu perlu diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.
Sementara itu, mengulas mengenai penghijrahan beberapa pimpinan Umnp Kelantan termasuklah Anggota Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Anggota Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Ahmad Jazlan menegaskan tindakan itu tidak akan melemahkan Umno Kelantan.-- Bernama




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.