Beginilah cara kerja Menteri yang kita dambakan
Beberapa hari lalu kecoh di media sosial bahawa ada seorang pesawah
bernama makcik Sitah mengeluh tentang baja dan racun subsidi padi.
Kisah ini disiarkan di laman Sinar Harian pada 1 Mac 2019 yang lalu. Dilaporkan juga sejumlah pesawah di Seberang Perak itu berkumpul bagi mendesak kerajaan mempercepatkan agihan baja dan racun subsidi.

Nenek kepada lapan orang cucu ini juga menyatakan hasrat mahu bertemu sendiri dengan Menteri untuk meluahkan masalah mereka.
Dan pada hari ini kepuasan jelas terpancar di raut wajah makcik Sitah dan kawan-kawannya apabila Menteri sendiri turun padang bersama pegawai tinggi kementerian di dalam satu program khas penyerahan baja dan racun kepada mereka di Seberang Perak.
Minggu lalu di Kedah, Bapak Menteri ada menjelaskan bahawa kelewatan ini berlaku di atas beberapa sebab dan bukan sengaja dibuat-buat. Melalui kementeriannya, mereka sedaya upaya sedang membetulkan masalah dalaman NAFAS ( Reform ) dan menunggu peruntukan baru.
Aku rasa respon seperti Menteri Pertanian inilah yang rakyat mahukan. Kebebasan bersuara memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan pandangan dan meluahkan masalah. Dan sememangnya tugas seorang Menteri untuk mendengar dan menyelesaikannya sebaik mungkin.
Bila jadi begini, kita juga dapat lihat betapa penjawat awam di Kementerian juga begitu bersungguh-sungguh membantu menyelesaikan luahan rakyat. Nampaknya, progres kerja kerajaan semakin hari semakin baik. Impak positif inilah yang rakyat mahu.
Beginilah cara kerja Menteri yang kita dambakan. Apabila ada kritikan, aduan dan keluhan rakyat, tak usah melenting dan melawan isu dengan pelbagai ‘statement’. Diam, panggil pegawai untuk berbincang dan cari solusi. Itu sahaja. Kerana rakyat hanya mahu lihat ‘result’.
Tahniah dan Syabas YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Salahuddin Ayub dan pasukan kerana terus cakna dengan keluh kesah rakyat. Teruslah bekerja dan berkhidmat dengan baik kerana rakyat akan terus menilai.
Ikram Al-Banjari
Saudagar Jalanan

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.