Hari Tudung tanda sokongan wanita New Zealand Jumaat ini
TRAGEDI solat Jumaat di Christchurch yang menimpa umat Islam memberi
impak yang sangat besar di serata dunia, khususnya buat warga New
Zealand.
Susulan insiden itu, seluruh rakyat New Zealand bersatu memberi sokongan tidak henti kepada masyarakat Muslim di sana sejak Jumaat lalu.
Sebagai satu tanda sokongan kepada umat Islam, sebuah gerakan persendirian iaitu ‘Scarves in Solidarity’ menjalankan kempen pemakaian tudung pada hari Jumaat ini bagi kaum wanita di New Zealand.
Kempen memakai tudung ini dijalankan demi memberi penghormatan kepada
masyarakat Muslim serta keluarga mangsa dalam tragedi tembakan pengganas
di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood.
Hebahan kempen ini dibuat melalui entri di Facebook yang memuat naik poster dalam halaman Facebook mereka pada Selasa.
Sehubungan itu, kempen ini juga mendapat respon positif di media sosial, termasuk di Twitter.
Tambah itu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden juga turut mengenakan hijab hitam sebagai tanda penghormatan ketika berjumpa komuniti Muslim di Christchurch pada Sabtu lalu.
Setakat Rabu, dua jenazah pertama mangsa serangan pengganas Christchurch telah disemadikan di Tanah Perkuburan Memorial Park, Linwood.
Susulan insiden itu, seluruh rakyat New Zealand bersatu memberi sokongan tidak henti kepada masyarakat Muslim di sana sejak Jumaat lalu.
Sebagai satu tanda sokongan kepada umat Islam, sebuah gerakan persendirian iaitu ‘Scarves in Solidarity’ menjalankan kempen pemakaian tudung pada hari Jumaat ini bagi kaum wanita di New Zealand.
Hebahan kempen ini dibuat melalui entri di Facebook yang memuat naik poster dalam halaman Facebook mereka pada Selasa.
Sehubungan itu, kempen ini juga mendapat respon positif di media sosial, termasuk di Twitter.
Tambah itu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden juga turut mengenakan hijab hitam sebagai tanda penghormatan ketika berjumpa komuniti Muslim di Christchurch pada Sabtu lalu.
Setakat Rabu, dua jenazah pertama mangsa serangan pengganas Christchurch telah disemadikan di Tanah Perkuburan Memorial Park, Linwood.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.