https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kembang Sayap Tetapi Tak Boleh Terbang


Oleh Mohd Sayuti Omar

Wakil Ketereh (Annuar Musa) cuba memapmerkan kehebatannya di parlimen pagi ini sewaktu berucap membahas titah ucapan di Raja. Oh.. beliau bukan main lagi beretorik dengan membangkitkan segala macam isu termasuk yang tidak relevan dan sengaja diadakan-adakan. Menuduh pemimpin DAP diresapi Komunis, tetapi tidak memberi bukti.

Paling jelas beliau cuba mempamerkan politik Islam dibawa Pam sebagai baik. Dan bagi menggambarkan dia seorang Islam untuk mempesonakan orang Pas dibaca Hadith dan ayat Quraan.

Antara hadith yang dibaca oleh beliau mengenai assobyiah yang menjadi hadith ratiban Pam ditahun-tahun 60an membawa ke tahun 90an. Dalam hadith itu beliau memberi gambaran yang mana-mana pejuang berdasarkan assobiyah adalah tidak Islamik bahkan mati pun dianggap sebagai bukan Islamn - bukan dari kaumku.

Ironisnya hari ini Umno dan Pam cuba membawa perjuangan asobiyah itu dalam usaha menangkis sokongan rakyat kepada kerajaan multiracial yang diamalkan PH hari ini.

Annuar juga membuka kepak menunjukkan dia seorang pemimpin rasional, ikhas dan beranih. Kepaknya dibuka seluas-luasnya, tetapi sayang tak boleh terbang. Porah....

Beliau menempak PH menang kerana janji tetapi janji tidak ditunaikan. Annuar terlupa, kekalahan BN itu bukan sahaja kerana “janji palsu” PH seperti dianggap itu, tetapi ia juga kerana skandal yang dilakukan oleh Najib.

Annuar seolah menafi kesalahan dilakukan oleh Najib, seleweng wang 1MDB dan sebagainya. Annuar cuba menyerlahkan dia berani, tetapi itu hanya belawak dan lebong semata.

Kalau dia sengoti berani, kenapa tidak menyelamatkan BN dengan menegur dan mengkritik Najib, seperti mana dilakukan Muhyiddin Yasin dan Shafei Afdal. Bukankah kedua mereka itu dipecat daripada Umno kerana keberaniannya mengkritik Najib Razak yang merompak, menyamun dan menipu rakyat. Dan Annuar sampai kini kekal kerana membodek Najib nombor wahid.

Pemimpin membodek, pemimpin yang tidak bermaruah dan tidak berprinsip. Kalau pun mengambil ayat Quran untuk menggambarkan kita berprinsip ia hanya munafik. Trims.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.