https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kos tinggi, Umno tak jadi saman wakil rakyat keluar parti

Oleh SM Amin

UMNO tidak meneruskan saman terhadap bekas wakil rakyatnya yang kini menyertai Pakatan Harapan (PH) untuk mengelak menanggung kos tinggi, kata sumber parti.

Sumber memberitahu , Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan enggan meneruskan tindakan tersebut dan sebaliknya mahu fokus kepada penstrukturan dalaman parti, kata sumber.

“Tok Mat berpendapat adalah lebih penting pada waktu ini Umno fokus dengan mengukuhkan parti itu sendiri.

“Selain daripada itu, faktor kos juga menjadi pertimbangan utama,” kata sumber yang terlibat dalam proses perundangan ini.

Saman itu dimulakan sebelum Ahmad Zahid Hamidi sudahpun memutuskan untuk bercuti dan sebelum tugas presiden parti itu disandang oleh Mohamad.

Ahmad Zahid mengumumkan bahawa Umno menghantar writ saman ke atas wakil rakyat terbabit sewaktu menyampaikan ucapan dasar presiden sempena perhimpunan agung parti September lalu.

Setiausaha agung Umno Annuar Musa turut mengumumkan saman dikemukakan dua ahli Parlimen, Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah) dan Dr Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai).

Kedua-duanya yang kini menyertai Bersatu merupakan antara yang terawal keluar parti – Dr Azmi pada 24 Jun dan Ermieyati pada 1 Julai.

Pada Disember, sembilan Adun dan lima ahli Parlimen Umno keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap kepemimpinan parti.

Pada Februari, Annuar mengumumkan parti itu akan mengemukakan saman ke atas semua wakil rakyat tersebut, dan akan tetap diteruskan walaupun jika mereka mahu kembali menyertai Umno.

Bagaimanapun, setakat ini hanya Mas Ermieyati dan Noor Azmi yang menerima saman.

Umno yang menang 54 kerusi Parlimen dalam PRU14 lalu kini hanya tinggal 37 kerusi selepas 17 ahli parlimen parti itu bertindak keluar parti.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.