Muhasab Terhadap Kekalahan PH Dalam PRK Semenyih
Kalah dan menang adat dalam pilihan raya. Yang penting ialah proses demokrasi berjalan lancar tanpa pencerobohan dan penipuan.
2. Kerajaan PH komited untuk tidak mengeksploitasi jentera kerajaan
dalam kempen pilihan raya bagi menghormati peraturan dan perundangan
yang dijunjung tinggi PH.
3. Faktor calon turut merupakan signifikan untuk menyumbang faktor 'wow' bagi para pengundi. Selain itu suasa keseluruhan prestasi kerajaan turut menentukan tahap sokongan terhadap parti mewakili pemerintah. Dalam melihat faktor calon, tidak dinafikan kemenangan calon BN di Semenyih bukan kerana faktor wownya tetapi ia terserlah kerana tenggelamnya calon PH di mata pengundi dan malap bintangnya.
4. Faktor 'prestasi Kerajaan PH' dijadikan bahan kempen bukan kerana BN ada solusi lebih baik tetapi ia berbentuk serangan memperkecilkan prestasi PH. Isu kos sara hidup dan bebanan kos dilihat sebagai kegagalan PH. Walhal, isu ini dulu menjadi bahan kempen PH dalam manifestonya bergelut dengan BN di PRU lalu. PH punya waktu untuk meyakinkan rakyat bahawa usaha mengurangkan kos bebanan hidup ada yang boleh dibuat segera, ada yang perlu masa. Ada juga yang perlu kajian secara terperinci sebelum membuat sebarang take off. Tetapi perkara ini tidak dirasai.
5. Penguasaan naratif Melayu Islam oleh UMNO dan PAS kelihatan dominan walaupun ia dilihat tidak semestinya baik untuk Melayu, Islam. UMNO dan PAS berleluasa mengeksploitasi isu Tabung Haji, Hina Nabi dan dominasi DAP.
6. Cabarannya kepada PH dalam PRK Rantau nanti ialah PH tetap akan bergelut untuk mengatasi undi Melayu bagi mempertingkatkan 20% undi yang telah hilang dalam dua PRK sebelum ini.
7. Dua pendekatan iaitu tentang kos sara hidup dan retorik Islam-Melayu akan menjadi asas strategik yang perlu ditangani secara berkesan dalam kempen di PRK Rantau nanti.
8. Syabas kepada pemenang dan terima kasih pengundi Semenyih kerana melaksanakan tanggungjawab anda. PH perlu segera membuat rumusan kekalahan dengan melihat lebih dalam segala kelemahan yang ada dan saya yakin dapatan yang diperolehi akan membantu proses pemulihan PH bagi bertempur di Rantau nanti.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden AMANAH
Ahli Parlimen Parit Buntar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
3 Mac 2019

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.