https://critoxium.com/shop/

Terkini

Rakyat akan terus hukum pemerintah yang lupa

Oleh Syed Badli Shah Syed Osman

Maafkan kami rakyat marhaen di atas segala kelemahan dalam pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Maafkan kami di atas segala janji-janji yang belum tertunai.

Maafkan kami di atas segala usaha yang pada pandangan rakyat tidak membawa keuntungan.

Sesungguhnya rakyat marhaen telah bangkit dengan berani pada PRU ke-14 yang lalu dengan menolak BN yang telah mendatangkan pelbagai kerosakan selama lebih 60 tahun.

Ternyata keberanian rakyat tidak terhenti di situ, sebaliknya rakyat terus menerus memanfaatkan kuasa untuk menghukum pemerintah yang lupa akan tanggungjawab hakiki iaitu pembelaan terhadap nasib rakyat.

Kerajaan PH yang telah diberikan mandat sebagai pemerintah haruslah lebih peka dalam melaksanakan janji-janji kepada rakyat.

Rakyat di Cameron Highlands dan Semenyih telah menghantar isyarat jelas kepada PH untuk lebih berwaspada dalam melaksanakan pemerintahan yang adil.

Sejujurnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk memperbaiki kerosakan yang telah ditinggalkan oleh BN dalam masa yang singkat. Tentunya PH memerlukan masa yang cukup untuk memperbaiki negara ini.

Saya percaya kerajaan di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamad sedang berusaha sehabis baik untuk rakyat. Saya juga yakin gandingan Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim akan membawa sinar yang lebih cerah.

Namun kami berterima kasih kepada rakyat yang telah menegur kami. Tentunya teguran ini akan dipandang serius dan diperbaiki seberapa segera.

Hakikatnya, mengembalikan kuasa kepada BN hanya akan menambah kerosakan kepada negara.
Maka saya meminta rakyat untuk terus bersabar dan berikan kepercayaan kepada PH dalam memacu kearah Malaysia Baru.

SYED BADLI SHAH SYED OSMAN adalah naib ketua pemuda PKR.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.