PH kukuh, dengar keluh Nurul Izzah
Oleh Syed Badli Shah Syed Osman
Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar terkenal dengan sikap ketegasan dan berintegriti tinggi sebagai seorang pemimpin.
Tidak seperti segelintir pemimpin yang sanggup menggadaikan prinsip demi mengejar kuasa dan kedudukan.
Pandangan Nurul Izzah ketika ditemuramah oleh The Straits Times Singapura wajar diterima oleh semua pihak dengan hati yang terbuka.
Sesungguhnya pengalaman pahit beliau dan keluarga ketika melalui zaman sukar dan aib adalah sesuatu yang sangat berat dan wajar menjadi iktibar kepada semua pihak.
Pengorbanan Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara dek kerana fitnah politik adalah sesuatu yang tidak ternilai.
Di kala segelintir pemimpin tidak meraikan kewujudan Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya umum, Nurul Izzah dan keluarga tampil mempertahankan penubuhan PH dengan mengenepikan luka-luka silam.
Kini banyak pihak mendapat manfaat setelah PH berjaya membentuk kerajaan persekutuan termasuk segelintir pihak yang beriya menentang kewujudan PH sebelum ini.
Justeru segala luahan Nurul Izzah terhadap kerajaan kini wajarlah diberi perhatian dan pertimbangan demi memperkukuh kerajaan Pakatan Harapan.
* Syed Badli Shah Syed Osman adalah naib ketua Angkatan Muda Keadilan.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.