PM: Kereta nasional ‘teruk’, pembeli ‘tahu segala-gala’ enggan belajar
SEPANG, — Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata,
langkah kerajaan untuk melancarkan projek kereta nasional yang ketiga
adalah bagi membolehkan rakyat Malaysia mempelajari dan memahami
teknologi kejuruteraan automotif.
Beliau berpendapat bahawa Malaysia “tidak tahu apa-apa” dan kurang pengetahuan berhubung dengan industri kejuruteraan automotif.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Festival GT Asia di Litar Antarabangsa Sepang hari ini, Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia berpendapat bahawa kereta nasional kita adalah teruk, dan tidak menyokong rancangan kerajaan untuk melancarkan projek kereta ketiga ini.
“Orang ramai berpendapat kereta kita adalah teruk. Mereka kata jangan beli kereta Malaysia, sebaliknya beli kereta luar. Anda lihat, mereka (rakyat Malaysia) berpendapat mereka sudah tahu segala-galanya termasuk teknologi yang terlibat di sini. Itulah sebabnya mereka tidak mahu kereta ketiga dan berkata ia membazirkan sahaja wang.
“Mereka
tidak tahu apa-apa (mengenai) kejuruteraan automotif. Itu sebabnya kami
(kerajaan) merancang untuk memperkenalkan kereta nasional ketiga untuk
mempelajari teknologi yang terlibat.
Anda lihat bagaimana China maju dalam tempoh yang singkat kerana mereka menerima untuk terlibat dalam perniagaan automotif,” katanya. — Bernama
Beliau berpendapat bahawa Malaysia “tidak tahu apa-apa” dan kurang pengetahuan berhubung dengan industri kejuruteraan automotif.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Festival GT Asia di Litar Antarabangsa Sepang hari ini, Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia berpendapat bahawa kereta nasional kita adalah teruk, dan tidak menyokong rancangan kerajaan untuk melancarkan projek kereta ketiga ini.
“Orang ramai berpendapat kereta kita adalah teruk. Mereka kata jangan beli kereta Malaysia, sebaliknya beli kereta luar. Anda lihat, mereka (rakyat Malaysia) berpendapat mereka sudah tahu segala-galanya termasuk teknologi yang terlibat di sini. Itulah sebabnya mereka tidak mahu kereta ketiga dan berkata ia membazirkan sahaja wang.
Anda lihat bagaimana China maju dalam tempoh yang singkat kerana mereka menerima untuk terlibat dalam perniagaan automotif,” katanya. — Bernama
Post Comment
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.