https://critoxium.com/shop/

Terkini

Politik adalah perang persepsi.

Oleh Hasbie Muda

Najib cuba membina persepsi bahawa eranya lebih baik, tuduhan terhadapnya hanya fitnah manakala BN hanya satu-satunya parti yang boleh diharap untuk mentadbir Malaysia.

Pimpinan BN dan PAS pula cuba menimbulkan persepsi bahawa kerajaan PH tidak ambil berat isu Melayu Islam kerana dimonopoli DAP.

Mereka juga cuba menimbulkan persepsi bahawa BN kembali mendapat sokongan rakyat selepas menang di dua PRK baru-baru ini.

PH pula masih kabur dalam mencipta persepsi terhadap era Malaysia baharu. Mei tahun lalu, rakyat akui PH pilihan terbaik menyelamatkan negara tetapi rakyat kian meragui kemampuan PH menurunkan kos sara hidup rakyat.

Tindakan kerajaan menukar KP Penerangan dan KSU Kementerian Komunikasi (KKMM) memberi sinar baru.

Diharapan KKMM mampu memainkan peranan berkesan untuk menjelaskan kepada rakyat setiap usaha kerajaan dalam membangunkan negara dan membela kebajikan rakyat.

Para cybertrooper pro-PH juga perlu diberi perhatian dan diperkasakan kerana peranan di media baru lebih rancak dan dekat dengan rakyat.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.