Rameli pengantara urusan bayaran Sarawak Report, kata peguam
Oleh
PENGERUSI Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Rameli Musa memainkan peranan sebagai pengantara antara Clare Rewcastle-Brown dan Abdul Hadi Awang malah turut menawarkan untuk membayar bayaran guaman editor Sarawak Report itu secara tunai, kata peguam Americk Sidhu.
Americk, yang mewakili Rewcastle-Brown, memberitahu The Malaysian Insight penyelesaian di luar mahkamah itu merupakan kemuncak daripada rundingan yang dibuat sejak beberapa bulan lalu melibatkan presiden parti Islam berkenaan, editor Sarawak Report dan Rameli sebagai pengantara.
“Rameli ada di sini (di pejabat saya di Kuala Lumpur) bagi pihak Hadi Awang. Tiada keraguan kerana rundingan berjalan sejak beberapa bulan antara beliau, Clare dan Hadi. Ini adalah kemuncak rundingan. Beliau di sini untuk mencari jalan bagaimaan untuk membayar wang itu,” kata Americk.
“Apabila saya katakan saya tak boleh terima wang tunai, beliau (Rameli) terus menulis ceknya sendiri. Beliau telah menandatangani cek untuk alasan yang mudah bahawa beliau terpaksa ambil wang tunai dari Hadi untuk dimasukkan ke dalam akaunnya.”
PAS menafikan membuat sebarang bayaran kepada Rewcastle-Brown untuk menyelesaikan saman yang difailkan oleh Hadi susulan peneritan laporan yang mendakwa PAS menerima RM90 juta daripada Umno sebelum pilihan raya umum lalu. Wang itu didakwa datang daripada syariikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad.
Presiden PKR, Anwar Ibrahim merupakan orang yang pertama mendedahkan PAS membayar sebanyak RM1.42 juta kepada Rewcastle-Brown untuk menyelesaikan saman fitnah yang difailkan mereka terlebih dahulu.
Selepas PAS mengeluarkan kenyataan menafikan tentang RM1.42 juta itu, Rewcastle-Brown mengesahkan wang berkenaan dibayar dan menambah ia adalah untuk yuran guamannya.
Naib presiden PKR Rafizi Ramli kemudian menamakan ahli perniagaan Rameli sebagai pengantara yang menyediakan akaun bank bagi memindahkan bayaran bagi menyelesaikan saman fitnah Hadi.
“Cadangan pertama yang dibuat adalah mereka (PAS) mahu bayar secara tunai,” kata Americk.
“Reaksi saya mengenainya adalah, ‘Saya tak boleh dilihat meletakkan wang sebanyak itu dalam akaun anak guam saya kerana ia akan mencetuskan banyak amaran mengenai (undang-undang) pengubahan wang haram.
“Jadi saya katakan, “Tidak, saya tak terima wang tunai. Maaf. Jadi terdapat tawaran tunai pada mulanya,” katanya.
“Bila saya menolak untuk menerima wang tunai, ketika itulah pengantara (Rameli) terus menulis pada cek peribadinya.”
Rewcastle-Brown kemudiannya mengarahkan Americk untuk memindahkan wang berkenaan ke dalam akaunnya di London.
Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi di London pada 2017, melibatkan dakwaan Hadi dan pemimpin PAS lain menerima RM90 juta untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14.
Penyelesaian itu dibuat tanpa sebarang perintah kos pada 1 Februari.
Susulan dakwaan oleh PAS bahawa tiada bayaran dibuat, Rewcastle-Brown memuat naik artikel dalam Sarawak Report, bersama gambar cek Bank Islam, mendakwa beliau dibayar sebanyak RM1,422,980 sebagai sebahagian daripada penyelesaian bagi membolehkan Hadi menarik balik kes dengan perjanjian kedua-dua pihak perlu merahsiakan mengenai bayaran itu.
Ditanya bagaimana rundingan itu berlangsng, Americk berkata: “Saya tidak tahu. Saya tak tanya soalan itu. Saya tidak tahu tentang rundingan sebelum itu. Saya hanya diarahkan untuk menerima wang, masukan dalam akaun anak guam saya dan hantar wang itu kepada Clare di London. Saya dilantik untuk itu. Namun terdapat rundingan dalam beberapa ketika.”
Americk berkata beliau tidak fikir akan berlaku pertikaian undang-undang antara PAS dan Rewcastle-Brown sekarang kerana bercakap secara bebas mengenai pembayaran itu, walaupun penyelesaian luar mahkamah yang mengandungi perjanjian kerahsiaan.
“Menurut anak guam saya, pelanggaran kerahsiaan keseluruhan perkara ini dicetuskan oleh Takiyuddin,” kata Americk, merujuk kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang menafikan pembayaran dibuat oleh PAS kepada Rewcastle-Brown.
“Dan beliau muncul dan mengatakan bahawa mempunyai bukti dokument tiada wang dibayar, yang mana ia benar-benar salah, saya fikir ia adalah apa yang mencetuskannya. Anak guam saya merasakan dirinya tidak lagi terikat kerana Takiyuddin berbohong.”
Americk melahirkan rasa kesal bahawa Rameli dinamakan dalam pertikaian politik.
“Adalah sangat malang bahawa identiti perantara telah didedahkan oleh Rafizi kerana dalam semua urusan saya dengannya (Rameli), saya berada di bawah tanggapan bahawa dia seorang lelaki yang budiman - dalam erti kata lain tugas utamanya di sini adalah untuk menyelesaikan masalah antara kedua-dua pihak.
“Jadi, malanglah namanya didedahkan tetapi tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan mengenainya kerana kita tidak mendedahkannya, jadi itulah isu asas di sini. Sukar untuk saya membuat komen kerana ia bukan niat saya untuk mendedahkan siapa letakkan kesepakatan ini bersama-sama.”
Rameli, yang dilantik sebagai pengerusi KTMB pada Februari, merupakan bekas naib pengerusi Ingress Corp Bhd dan bekas pengerusi Balfour Beatty Rail.
Rameli juga merupakan ahli lembaga pengarah Majlis Eksekutif Negeri Kelantan selama beberapa tahun ketika Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah menteri besar.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.