SARAWAK Report mengesahkan PAS membayar portal itu sebanyak RM1.42 juta caj perundangan untuk menyelesaikan saman fitnah Abdul Hadi Awang.
Portal itu berkata ia adalah sebahagian daripada perjanjian
penyelesaian luar mahkamah dicapai pada 24 Januari lalu dan ia bersetuju
dengan penarikan saman Hadi dengan syarat kedua-dua pihak merahsiakan
bayaran itu.
“Sarawak Report hanya bersetuju kepada arahan mahkamah UK untuk
mengugurkan kes Hadi dengan syarat kosnya dibayar. Dalam situasi itu,
bayaran penyelesaian dibuat kepada peguam Sarawak Report di Malaysia,
yang akan memberikannya kepada Sarawak Report apabila arahan mahkamah
berkaitan penarikan saman Hadi disahkan,” kata portal.
Bagaimanapun, pemimpin PAS berulang kali melanggar kerahsiaan tanggungjawab itu, kata portal.
Ia memetik kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menafikan
pembayaran dibuat, selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim mendedahkan
beliau ada bukti ada duit bertukar tangan.
Sehari selepas mengeluarkan kenyataan itu, Takiyuddin berkata PAS
mempunyai dokumen untuk menyokong dakwaannya, dan “akan mendedahkan
semuanya” pada sidang media tidak lama lagi.
“Ini bermakna Takiyuddin, yang merupakan jurucakap utama parti dan
salah seorang wakil Hadi dalam litigasi, secara khusus merujuk kepada
terma kerahsiaan dalam pelanggaran perjanjian penyelesaian itu, tetapi
dalam cara yang menyimpang untuk menggambarkan beliau boleh buktikan
Sarawak Report tidak dibayar, sedangkan hakikatnya, Sarawak Report
menerima lebih RM1.4 juta untuk yuran perundangan,” kata portal itu. A
letter to Maybank showing that under money laundering rules, Sarawak
Report must explain the export of the equivalent of £260,000 (RM1.42
million) from Malaysia back to London. The portal says the amount was
paid by PAS to settle Sarawak Report's legal fees. – Sarawak Report pic,
March 1, 2019.
Menurut portal itu, disebabkan tindakan Takiyuddin itu, Sarawak
Report menganggap dirinya “terbebas daripada kerahsiaan” dan boleh
mendedahkan kebenaran kepada rakyat Malaysia, kerana “tidak ada dokumen
Sarawak Report tidak dibayar” sebaliknya wujud dokumen menunjukkan
bayaran dibuat bagi membolehkan Hadi menarik balik saman tersebut.
“Kami percaya wujud sebab politik, yang Takiyuddin sekarang akan cuba
melengahkan sidang media untuk menunjukkan ‘bukti’ selepas pilihan raya
kecil, dalam usaha memperdaya pengundi dan rakyat yang beliau boleh
mengeluarkan bukti berkenaan, sedangkan beliau tidak boleh,” kata portal
itu merujuk kepada PRK Semenyih yang kini giat berjalan.
Portal itu turut mendedahkan sepucuk surat kepada Maybank,
menunjukkan ia perlu mematuhi akta pengubahan wang haram dengan
menjelaskan penghantaran wang sebanyak RM1.42 juta dari Malaysia ke
London.
Ia menambah yang Hadi dan orang kanannya bersedia membayar jumlah
tersebut bagi mengelak disoal balas dalam saman fitnah difailkan mereka
di mahkamah UK berkaitan sebuah artikel mendakwa parti Islam itu
menerima wang RM90 juta daripada Umno. Wang tersebut dipercayai berasal
daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Jika mereka terus bercanggah antara satu sama lain di mahkamah UK,
akan ada yang melakukan menghina mahkamah kerana berbohong dalam saman
di London.
Penyelesaian luar mahkamah tidak memerlukan Sarawak Report berdiam
diri berkaitan dakwaan ada bayaran dibuat PAS, kata portal itu, menambah
yang ia bersetuju untuk menarik balik saman terhadap Hadi bagi
menamatkan semua kes perundangan antara mereka.
Sarawak Report memfailkan saman pencanggah kerana gangguan dilakukan
penulis blog pro Umno, termasuklah Raja Petra Kamarudin, yang
disenaraikan sebagai salah seorang saksi Hadi dan abang kepada Raja
Idris Kamarudin yang bertindak sebagai ejen pemimpin PAS dalam prosiding
itu.
Portal itu sebelum ini membuat bantahan yang maklumat kerahsiaan itu
didedahkan kepada Raja Petra, yang “memutar belit dan menyalah guna”
maklumat tersebut untuk menyerang Sarawak Report.
Disebabkan itu, PAS melanggar terma perjanjian kerahsiaan dan Sarawak Report bersedia mendedahkan semuanya.
“Lagi pun, Hadi selesaikan kes yang boleh memperbodohkannya dan
partinya, dan perlu berterima kasih kerana ini (mendedahkan semuanya
yang berlaku).”
Sarawak Report sahkan PAS bayar RM1.42 juta selesai kes
Reviewed by editorreformis
on
Mac 01, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Hishamuddin Aun Tidak terhitung rasanya berapa kali seorang pemimpin Bersatu melontarkan cabaran supaya jadi ‘anak jantan’ terhadap i...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.