Umno-PAS sepakat bentuk JK teknikal
KUALA LUMPUR: PAS
bersama Umno mengambil keputusan sepakat berhubung hala tuju
perbincangan ke arah penyatuan ummah dengan mengambil kira masyarakat
Malaysia yang majmuk tanpa meminggirkan agama dan bangsa lain.
Penubuhan satu jawatankuasa khas atau
teknikal bersama akan dibentuk untuk memperincikan bentuk kerjasama
seterusnya selepas ini.
Demikian kata satu kenyataan bersama dua
parti itu selepas mesyuarat pemmpin kedua-dua parti diadakan di Menara
Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Ia adalah kenyataan bersama antara
Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden
Umno, Dato' Seri Mohamad Hasan.
Berhubung jawatankuasa itu, setiap parti akan diwakili lima orang ahli.
Perbincangan juga bersetuju untuk memantapkan kerjasama di Parlimen sebagai pembangkang.
Hasil perbincangan akan dibawa ke peringkat tertinggi dengan rakan-rakan dari parti Umno-BN dan PAS-Gagasan.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.