UMNO sedia sokong Dr. Mahathir
KUALA LUMPUR - UMNO sedia menyokong Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad demi kebaikan tanah air dan manfaat rakyat.
Walau bagaimanapun, Timbalan Presiden UMNO yang
menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan
berkata, sokongan itu bergantung pada situasi.
“Saya tak boleh cakap tapi bergantung situasi kalau diperlukan demi untuk kebaikan kenapa tidak?
“Itu
yang saya katakan tadi kaukus pembangkang tidak bermakna kita akan
membangkang, sebaliknya kita akan sokong apa sahaja polisi awam atau
dasar-dasar yang hendak diluluskan untuk kebaikan masyarakat dan tanah
air,” katanya.
Beliau diminta mengulas pendirian
UMNO sama ada akan bertindak sama seperti Pas iaitu menyokong Dr.
Mahathir jika terdapat undi tidak percaya sebagai Perdana Menteri.
Terdahulu,
beliau mempengerusikan mesyuarat membentuk jawatankuasa induk UMNO dan
Pas di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari
ini.
Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata,
jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden dipilih melalui pemilihan
parti, bukan desakan warganet atau pihak-pihak lain.
Kata
beliau, gerak kerja parti berjalan seperti biasa dan semua pihak dalam
UMNO menerima baik keadaan semasa iaitu Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad
Zahid Hamidi sedang berehat
“Pemilihan telah
dijalankan dan kita ada Presiden dan saya Timbalan Presiden. Sekarang
Presiden berehat sekejap dan saya jalankan tugas beliau. Terpulang pada
beliau (Ahmad Zahid) kalau bersedia nak menjalankan semula tugas,”
katanya. -





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.