https://critoxium.com/shop/

Terkini

Universiti Malaya yang mencatat sejarah

Oleh Dr Maszlee Malik

Saya amat bertuah kerana berkesempatan untuk melihat sendiri perjalanan pilihan raya kampus Universiti Malaya yang mencatat sejarah selepas 50 tahun sebagai pilihan raya kampus yang dikendalikan sepenuhnya oleh mahasiswa tanpa campur tangan pihak pengurusan.

Ketibaan saya disambut Presiden Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya (JPRKUM), saudari Vanessa Eunice Scully dan beliau telah menyampaikan taklimat ringkas berhubung perjalanan pilihan raya kampus berkenaan.

Saya begitu teruja melihatkan kesungguhan beliau bersama-sama 19 lagi anggota JPRKUM yang berusaha gigih bagi memastikan pilihan raya berjalan dengan baik.

Saya juga diberikan peluang untuk melihat sendiri proses pengundian di Fakulti Sastera dan rata-rata mahasiswa yang saya temui memberikan maklum balas positif berhubung perubahan besar-besaran yang berlaku dalam penganjuran pilihan raya kampus ini.

Saya amat berbangga dengan perjalanan pilihan raya yang saya sifatkan sebagai lancar dan berjalan dengan penuh harmoni.

Kita masih ingat bagaimana kehebatan yang ada pada gerakan mahasiswa Universiti Malaya sekitar tahun tahun 1960an dan 1970an.

Mereka berjaya menjadi kumpulan pendesak yang mampu memainkan peranan dengan signifikan dalam memperjuangan isu-isu rakyat.

Malah disebabkan kekuatan yang ada itu, mereka mampu memiliki bas dan akhbar sendiri.

 Kita akan berjaya membentuk kelompok mahasiswa berdikari seperti dekad berkenaan dengan mengembalikan kuasa-kuasa tertentu kepada mahasiswa, termasuk kuasa dalam menguruskan pilihan raya kampus.

Ini merupakan sebahagian daripada usaha yang dilakukan Kementerian Pendidikan untuk menyuburkan perkembangan demokrasi dan kebebasan bersuara di institusi pendidikan tinggi.

Syabas Universiti Malaya!

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.