Ronnie Liu Wajib Berhenti Keluarkan Kenyataan Berbaur Perkauman
Oleh KEVIN SHAWN GOMEZ
Pemuda AMANAH Nasional memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh ADN Sungai Pelek, YB Ronnie Liu Thian Khiew yang mengingatkan Pakatan Harapan agar tidak menjadi lebih Melayu berikutan kekalahan pada pilihan raya kecil DUN Semenyih, Sabtu lalu seperti yang disiarkan oleh portal ‘MalaysiaKini’ pada 4 Mac 2019.
Kenyataan seperti ini dari Pimpinan Pakatan Harapan amatlah mendukacitakan, memandangkan ia menjadi aspirasi dan ikrar janji Pakatan Harapan yang ditandatangani bersama oleh pimpinan tertinggi iaitu, “Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan; Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmonis di negara ini sejajar dengan Perkara 3; serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain yang sejajar dengan Perkara 153.” Apakah YB Ronnie sudah lupa mengenai perjanjian ini? Jika beliau sudah lupa atau buat-buat lupa, maka Pemuda AMANAH Nasional mencadangkan agar beliau menyemak semula dengan Setiausaha Agung DAP, YB Tuan Lim Guan Eng yang menandatangani dokumen tersebut mewakili parti DAP.
YB Ronnie harus peka bahawa hidup ini bukan berkitar dalam ruang lingkungan politik sahaja. Rakyat Malaysia sudah mula mual dengan tindak-tanduk ahli politik seperti tuan yang cuba mempolitikkan segala benda tanpa menghiraukan rakyat yang semakin tertekan dengan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Apa guna menjadi ahli politik jika sekadar ingin mengadu domba dan menyemai api-api kebencian antara kaum?
Pemuda AMANAH Nasional ingin mengingatkan YB Ronnie agar beliau menghargai usaha para aktivis dan jentera Pakatan Harapan yang bertugas tanpa mengenal erti penat-lelah dalam cubaan meyakinkan rakyat bahawa Pakatan Harapan adalah pembela nasib semua kaum. YB Ronnie juga harus berterima kasih kepada aktivis-aktivis yang berusaha ‘memutihkan’ imej DAP dikalangan masyarakat Melayu. Belajar lah dari YB Lim Kit Siang, YB Ong Kian Ming & YB Yeo Bee Yin bagaimana mereka mendekati & menyantuni masyarakat pelbagai kaum, sesungguhnya ‘role model’ yang ‘master class’ ini berada di dalam parti YB sendiri.
Akhir sekali Pemuda AMANAH Nasional ingin mengambil kesempatan ini mengingatkan semua pimpinan Pakatan Harapan agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris perasaan rakyat. Perpaduan kaum wajib dipelihara dan dipulihara dalam era Malaysia Baharu.
“MENGGALAS AMANAH, MEMBINA NEGARA”
KEVIN SHAWN GOMEZ
Naib Ketua
Pemuda AMANAH Nasional

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.