Mungkin menteri lagi arif darihal buluh ini ...
Oleh Rossem
Tahun 1980an isu tanam padi atas bumbung rumah, disarankan Menteri Pertanian ketika itu, Tan Sri Sanusi Jonid (Allahyarham), berapa banyak kartun saya lukis mempersendakan idea itu.
Kemudian disaran pula minum air kelapa muda, orang kampung marah, kelapa diproses jadikan santan, buat masak lemak dan minyak goreng, bukan dipetik ketika muda untuk ambil airnya.
Orang tua-tua kata, minum air kelapa muda sakit urat, Sanusi Joned kata boleh jadi obat.
Masa berlalu, sekarang air kelapa muda minuman kegemaran rakyat Malaysia, harga aduhai, tak cukup bekalan buah.
Terima kasih menteri yang punya idea pelik. Generasi hari ini merasai manfaatnya.
Dengar khabar ada menteri sarankan rakyat tanam buluh, pastinya bukan buluh perindu.
Buluh spesis serba guna, rebung boleh buat sayur, batang boleh buat rakit dan dinding rumah.
Dulu saya ada kebun buluh, orang pantai datang membelinya, mereka tebang, potong masukkan kedalam lori.
Sampai sekarang saya tak tahu, untuk kegunaan apa buluh-yang banyak itu. Mungkin menteri lagi arif darihal buluh ini.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.