https://critoxium.com/shop/

Terkini

Mereka perlu ditegur dan diajar ..

Oleh Rohayudin Yaacob

 Ada juga macai-macai BN yg message saya memuji kerana kebelakangan ni saya kerap membantai PH. Aduhai... mereka tak tahu beza menegur dan membantai rupanya.... Ya lah, waktu dulu bila tegur kjaan BN, habis periuk nasi serta ugutan diterima.

 Sekarang sesiapa bebas bersuara asalkan tidak melanggar undang-undang atau prinsip perlembagaan negara.

Kepada macai-macai... cara kita berfikir amat berbeza. Saya bukan ahli politik, cuma rakyat biasa yg menuntut tanggungjawab orang politik dalam menjalankan amanah mereka.

Lagi pun mereka sebenarnya dibayar gaji oleh rakyat. Mereka perlu ditegur dan diajar agar mereka juga patuh kepada undang-undang, perlembagaan dan kontrak tanggungjawab mereka. Sama seperti rakyat Malaysia yang lain.

Saya tidak menyokong golongan politik yang melacur perlembagaan, agama, bangsa demi tujuan politik sempit mereka.

 Bukalah fikiran dan mata kamu... sampai bila kita mahu berdiam diri kepada golongan politik yg selama ini, pada pendapat saya mereka terlalu jahil akan tugas dan tanggungjawab mereka?

 Sampai bila mereka mahu bermain wayang dgn isu agama, kaum hingga rakyat biasa berantakan sesama sendiri hanya kerana sentimen?

Negara yg kecil tetapi kaya ini hanya mempunyai penduduk yg seramai bandaraya Tokyo, negara yang kecil tetapi kaya ini punyai perlembagaan yg menyeluruh.... itupun susah sangatkah bagi golongan politik??

Apa yang saya mahu orang politik baik kerajaan mahupun pembangkang, sedar tanggungjawab mereka dan mereka wajib menjunjung perlembagaan negara di atas kepala mereka walaupun didalamnya hanya ada sekelumit otak!

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.