PETALING JAYA: Aktivis veteran Felda Mazlan Aliman berkata, kerajaan
dan agensi pembangunan tanah itu mesti telus dalam penggunaan wang
sebanyak RM6 bilion yang diterimanya baru-baru ini.
Mazlan, yang kini mengetuai Majlis Perundingan NGO Felda berkata,
agenda pribadi dan campur tangan politik tidak seharusnya ada dalam
Felda.
Beliau mengingatkan, tindak-tanduk kerajaan sebelum ini telah membantutkan pertumbuhannya.
“Kita harap semua kesilapan dan tragedi masa lalu tidak akan berulang.
“Pakatan Harapan (PH) perlu telus dan berusaha menjadikan Felda satu kejayaan,” beliau memberitahu
Putrajaya baru-baru ini mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM6.23
bilion bagi menolong Felda menangani masalah kerugian dan hutang yang
terkumpul dalam tempoh 10 tahun lepas.
Keseluruhan liabiliti Felda bertambah daripada RM1.2 bilion pada 2007
kepada RM14.4 bilion pada 2017, menurut kertas putih yang dibentangkan
di Parlimen baru-baru ini. Ia menyebut isu pengurusan yang lemah dan
perkara lain berkaitan integriti.
Mazlan, seorang pemberi maklumat terkenal mengenai isu Felda yang
pernah menjadi pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan
(Anak), menggesa polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
menyiasat dakwaan penyalahgunaan wang melalui pelbagai projek dikaitkan
dengan Felda.
Beliau berkata, perancangan teratur juga diperlukan untuk kerajaan memulihkan agensi tersebut.
Katanya, Felda tidak mempunyai rancangan teratur untuk memaksimumkan
hasil pengeluaran dan ini mengakibatkan kerugian kepada pemilik ladang
kelapa sawit dan getah apabila harga komoditi itu merosot.
“Kita perlu model baru untuk mencapai hasil lebih tinggi supaya
peneroka boleh mendapat sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan berbanding
hanya RM1,500 pada masa ini.
“Sekiranya kerajaan gagal dalam percubaannya untuk memodelkan kembali
Felda, semua RM6 bilion bantuan akan dibelanjakan untuk membayar
hutang,” katanya.
Mazlan mahu kerajaan turut memberi perhatian kepada kebajikan peneroka, termasuk keperluan perumahan mereka.
Menurutnya, 9,000 kediaman diperlukan untuk peneroka generasi kedua,
sementara projek perumahan yang terbengkalai perlu dipulhkan
Aktivis veteran harap Felda manfaatkan bantuan RM6 bilion
Reviewed by editorreformis
on
April 12, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Bekas Imam Masjid Negara, Datuk Ustaz Hassan Mahmood al-Hafiz diumum menyertai AMANAH pada sambutan ulang tahun parti itu kali ketiga di ...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.