https://critoxium.com/shop/

Terkini

Belia Kelantan mudah terpengaruh gejala tidak sihat

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob hari ini meluahkan kegusaran berikutan ramai anak muda di negeri itu amat mudah terpengaruh dengan gejala tidak sihat khususnya penggunaan dadah sintetik seperti pil kuda dan syabu.

Sehubungan itu, beliau berharap persidangan Majlis Perundingan Belia Negara peringkat Kelantan yang berlangsung hari ini dapat menghasilkan resolusi yang mampu menangani masalah berkenaan.

“Persidangan ini saya harap dapat cari solusi dan membawanya ke peringkat lebih tinggi mengikut saluran-saluran tertentu terutama untuk perhatian Kementerian Belia dan Sukan serta lapan lagi kementerian yang mempunyai kaitan dengan golongan belia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan itu, di sini.

Persidangan sehari itu dihadiri kira-kira 150 peserta yang merupakan wakil agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan berteraskan belia.

Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan negeri telah menubuhkan projek Generasi Sejahtera (Gentera) yang bermatlamat melahirkan kumpulah generasi sejahtera berasaskan dasar Membangun Bersama Islam.

Beliau berkata Gentera akan menjadi penggerak rakan sebaya menerusi aktiviti berkonsepkan kesukarelawan dan kesejahteraan rakyat yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.

“Peserta Gentera ini akan diberi kesedaran secara berperingkat supaya dia dapat mempengaruhi rakan sebaya ke arah kebaikan. Pengaruh dadah ini berlaku melalui rakan-rakan terutama ketika mereka berjauhan daripada keluarga,” katanya. – BERNAMA

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.