https://critoxium.com/shop/

Terkini

BNM beri amaran kewangan TH sejak 2015,


SEREMBAN: Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mengingatkan pemimpin Barisan Nasional yang menggesa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat salah laku dalam pengurusan Tabung Haji (TH), bahawa bank pusat telah memberi amaran tentang kewangan dana jemaah haji itu sejak 2015.

“Kenapa apabila Pakatan Harapan memutuskan untuk telus, mereka (Umno) tampil seolah-olah mereka hero?” kata menteri Hal Ehwal Ekonomi itu kepada pemberita selepas menghadiri majlis ceramah kempen pilihan raya kecil DUN Rantau, malam tadi.

Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini berkata penubuhan RCI amat penting supaya dapat menjernihkan kekusutan masyarakat yang boleh menjejaskan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap TH.

Asyraf juga mengatakan dakwaan kerajaan yang menuduh wujudnya kerugian besar berjumlah RM10 billion yang disembunyikan juga amat serius.
Gesaan itu menyusul selepas TH mengumumkan hibah sebanyak 1.25% bagi tahun kewangan 2018. Ia jauh lebih rendah berbanding 6.25% bagi 2017.

Terdahulu dilaporkan pembayaran hibah kepada pendeposit TH bertentangan dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 pada 2017.

Bank Negara Malaysia pada Disember 2015 memberi amaran kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Jamil Khir Baharom bahawa TH membayar hibah dan bonus menggunakan rizabnya sejak 2012.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.