Heret 'perompak' negara ke mahkamah, antara kejayaan terbesar PH - Anwar
SEREMBAN: Kejayaan terbesar Pakatan Harapan pada hari
ini di bawah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah ketegasannya
memerangi rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penipuan terhadap rakyat
dalam menjayakan agenda reformasi.
Agenda itu termasuk mendedahkan dan mengheret individu-individu yang ‘merompak’ ke muka pengadilan.
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan yang diambil bukan berasaskan fitnah atau dendam, tetapi berdasarkan fakta supaya pihak yang merompak khazanah negara akan menggantikan semula wang yang dirompak.
"Keadaan sudah berubah. Bezanya, kita bukan fitnah, hasut atau dendam tetapi kita siapkan keterangan dan fakta supaya orang yang bertanggungjawab merompak khazanah negara harus dihukum dan ganti balik duit rakyat.
"Ini tak ada tolak ansur. Kalau dulu ramai yang diheret sama ada di mahkamah dipukul atau ditelanjangkan termasuk saya, (Timbalan Presiden PKR Mohamed) Azmin (Ali) dan (Veteran DAP Lim) Kit Siang. Ini harus dihentikan.
"Walau dia tokoh UMNO, MIC, MCA, kita tak ada niat sama sekali nak beri
tekanan, melainkan mereka yang melakukan jenayah dan rasuah, kita
hadapkan ke mahkamah," katanya.
Anwar berkata demikian di hadapan sekitar 1,500 orang yang hadir pada ceramah sempena Sambutan Dua Dekad Merakyatkan Reformasi di Dataran Rantau, malam tadi.
Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agong PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim.
Tambahnya, kerajaan pada hari ini akan terus melawan berdasarkan hukum.
“Kita akan terus tentang rasuah dan kezaliman. Kita benci rasuah dan tindakan zalim. Dan ini juga berdasarkan Islam.
“Islam tidak beri penyelesaian berdasarkan kaum atau warna kulit, tetapi keadilan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, menyampaikan Amanat Khas sempena sambutan ulang tahun ke-20 PKR, Anwar berkata, beliau mahu PKR kukuh.
“Keadilan dibentuk pada 1999. Saya di penjara. Saya tak banyak jasa dalam Keadilan. Saya baca buku supaya jadi pandai.
“Tetapi, nyata bahawa, Keadilan adalah parti untuk semua rakyat dan masa depan untuk Malaysia,” jelasnya.
PKR dilahirkan daripada gelombang reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar daripada UMNO pada 2 Sept 1998.
Ia secara rasmi ditubuhkan pada 4 April 1999 selepas diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggunakan nama Parti Keadilan Nasional (Keadilan).
Keadilan menyertai pilihan raya pertamanya pada usia parti itu tujuh bulan pada 1999 dan selepas itu parti berkenaan mula bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) membentuk PKR pada 3 Ogos 2003, dengan Dr Wan Azizah sebagai presiden pertama.
PKR pernah menganggotai beberapa gabungan antaranya Pakatan Rakyat dan kini PH.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.