Dinamika politik di Johor ini agak sukar hendak diramal,
daripada tersungkurnya penguasaan Umno-BN di negeri kelahirannya sendiri
hinggalah kepada peristiwa pelantikan menteri besar Johor PRU14 yang
lalu.
Tapi, demokrasi mengizinkan semua ini berlaku. Selagi ia
berlandaskan undang-undang dan prinsip demokrasi yang betul, maka
sememangnya keadaan dan dinamika seperti ini akan berlaku, dan pastinya
ia akan berlaku dan berlaku lagi pada masa akan datang.
Kita
warga yang dah merdeka dan matang, semua ini boleh diterima seperti mana
kita menerima bahawa Umno- BN tidaklah kebal selama-lamanya.
Pelantikan Osman Sapian sebelum ini dilihat agak mengejutkan kerana beliau bukanlah nama yang disebut-sebut sebelum ini.
Osman dan Mahathir
Malah
reputasinya berbanding nama lain sewaktu itu seperti Salahuddin Ayub
tidak dapat dibandingkan, apatah lagi Osman datang dari kumpulan Umno
yang menyeberang ke Bersatu.
Namun, tuah ayam nampak di kaki, tuah Osman, baru ini kita tahu.
Sungguhpun
MB Johor ini dari segi gaya pentadbiran, fikir dan caranya sangat old
school namun, beliau boleh mentadbir dengan baik.
Tetapi, di
zaman sumber informasi di hujung jari, maka kelemahan beliau ini sangat
mudah dilihat di mata umum dan amat senang digunakan oleh seteru
politiknya, baik dalam mahupun luar partinya.
Sosok politik ini
menerima banyak kecaman sedangkan, kelemahan itu tidaklah sebanding
dengan skandal atau krisis keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri.
Kerajaan negeri dan pentadbirannya kekal kukuh tanpa diganggu gugat dengan kelemahan satu-dua individu.
Pada
hari ini, pergolakan politik datang lagi dan Osman yang tersepit di
tengah-tengah percaturan elit politik, mungkin akan terkorban.
Di
kesempatan inilah, parti PKR dan Bersatu sedang memasang lukah dengan
harapan, perubahan yang sedang berlaku ini akan menyebelahi parti
mereka.
Anwar Ibrahim selaku presiden PKR boleh menangguk di air
keruh. Adegan ‘cium tangan’ istana ini mungkin akan memberi laba politik
kepada beliau.
Pertemuan Anwar dan sultan Johor pada 22 Mei 2018.
Sungguhpun
PKR dirasakan tidak mempunyai calon menteri besar yang cukup berkaliber
di Johor, Anwar boleh sahaja menggunakan hujah Bersatu mencalonkan
Osman sebelum ini, boleh menutup persoalan “tiada calon kuat” daripada
PKR ini.
Bersatu yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin pula perlu
bekerja keras untuk meyakinkan istana agar calon Bersatu dapat diterima
sebagai ganti kepada Osman. Ini disebabkan kedudukannya yang dilihat
berada dalam ‘naratif’ Dr Mahathir Mohamad.
Pergelutan politik ini
dilihat bukanlah antara calon antara parti untuk jawatan MB Johor,
tetapi antara percaturan dan pengaruh Mahathir, Anwar dan istana.
Walaupun
calon Bersatu ini mungkin lebih berkualiti berbanding Osman dan calon
MB PKR, keadaan seakan tidak menyebelahi Bersatu Johor. Dan Bersatu
Johor mungkin akan terlepas.
Beginilah
dinamika politik, calon yang berwibawa dan berkualiti, mungkin akan
gagal dinobatkan sebagai MB kerana faktor pengaruh elit politik.
ABDULLAH FAHMIN ialah anak jati Johor.
Johor tersepit antara Mahathir dan Anwar
Reviewed by editorreformis
on
April 08, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
DAP yang mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi mengakui bahawa ketika ini wujud krisis keyakinan serius terhadap parti itu serta PH berd...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.