https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kemenangan Streram di Rantau tidak mustahil - Azmin Ali

SEREMBAN: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan kemenangan calon Pakatan Harapan(PH), Dr S Streram pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bukan sesuatu yang mustahil.

Mohamed Azmin turut meletakkan harapan yang besar bahawa pada PRK Rantau, pekan kecil itu buat julung kalinya akan jatuh ke tangan kerajaan PH.

“Kita akan lakukan ini dengan semangat dan kesungguhan serta perjuangan yang jujur dengan dasar PH yang dibawa selama 20 tahun.
“Saya yakin rakyat di seluruh pelosok negara, saya yakin dengan pengundi di DUN Rantau bahawa wakil yang dapat membawa suara mereka ke dalam dewan Negeri Sembilan adalah Streram.

“Walaupun ini adalah satu permulaan, mari kita pastikan DUN Rantau akan menjadi milik PH melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah sempena Sambutan Dua Dekad Merakyatkan Reformasi di Dataran Rantau malam tadi.

Turut hadir ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agong PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Sambutan turut menyaksikan deklamasi sajak khas oleh sasterawan negara, A. Samad Said dan penulis sastera, Shamsudin Osman atau dikenali dengan Dinsman.

Dalam pada itu, Azmin turut percaya dengan semangat yang ada pada hari ini, PKR akan menjadi parti masa depan rakyat Malaysia dan negara Malaysia.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.