Keputusan tidak kurnia pangkat kehormat tepat - Veteran
KANGAR: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak
Berpencen Malaysia (PVATTBM) menyifatkan keputusan kerajaan menghentikan
amalan mengurniakan pangkat kehormat dan pemakaian seragam tentera
kepada ahli politik dan selebriti sebagai tepat.
Presidennya Ismail Abidin berkata langkah itu dapat mencegah salah guna kuasa dan kedudukan yang boleh menjejaskan nama baik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Beliau bercakap kepada Bernama sebagai mengulas kenyataan Menteri
Pertahanan Mohamad Sabu dua hari lepas mengenai keputusan Kementerian
Pertahanan menghentikan amalan pemberian dan pengurniaan pangkat
kehormat dan pemakaian seragam tentera kepada golongan itu.
Mohamad berkata langkah yang diambil itu mendapat sokongan Raja-Raja Melayu yang menjadi penaung kepada pelbagai cabang ATM.
Menurut Ismail ahli politik atau selebriti yang berminat memakai pangkat atau pakaian tentera harus bersedia menjalani latihan ketenteraan seperti menyertai Askar Wataniah bagi merasai disiplin ketenteraan yang perlu dipraktikkan setelah memakai pangkat dan pakaian tentera.
PVATTBM juga mahu kerajaan menarik balik pemberian anugerah yang telah diberikan kepada ahli politik atau selebriti sehingga mereka menyempurnakan kursus yang diperlukan dalam ATM, tambahnya.
Presidennya Ismail Abidin berkata langkah itu dapat mencegah salah guna kuasa dan kedudukan yang boleh menjejaskan nama baik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Mohamad berkata langkah yang diambil itu mendapat sokongan Raja-Raja Melayu yang menjadi penaung kepada pelbagai cabang ATM.
Menurut Ismail ahli politik atau selebriti yang berminat memakai pangkat atau pakaian tentera harus bersedia menjalani latihan ketenteraan seperti menyertai Askar Wataniah bagi merasai disiplin ketenteraan yang perlu dipraktikkan setelah memakai pangkat dan pakaian tentera.
PVATTBM juga mahu kerajaan menarik balik pemberian anugerah yang telah diberikan kepada ahli politik atau selebriti sehingga mereka menyempurnakan kursus yang diperlukan dalam ATM, tambahnya.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.