https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kerajaan Sepenggal Yang Pandir - Bahagian 1

Oleh Rosly Yusof

Kerajaan PH hari ini di gelar dengan berbagai gelaran dan yang paling popular ialah “kerajaan sepenggal” dan yang terkini pula ialah kerajaan “Pak Pandir”.

Gelaran atau kutukan terhadap mana-mana kerajaan ada perkara biasa dan sudah menjadi lumrah kepada mana-mana parti yang memerintah akan di gelar dengan nama-nama buruk oleh musuh politiknya walaupun kerajaan buat apa saja yang terbaik namun mereka tetap mengharapkan kerajaan tersebut akan menjadi kerajaan sepenggal.

Gelaran yang buruk-buruk terhadap kerajaan hanyalah sebagai penyedap hati kumpulan yang kalah dan sakit hati apabila lebih-lebih lagi mereka lansung tidak menyangka gabungan parti pembangkang dalam pilihanraya yang lepas telah berjaya membentuk kerajaan.

Umno terkedu bila kuasa yang di miliki selama 61 tahun hilang sekelip mata dan bagi Pas pula mereka sebenarnya tidak kisah pun tidak menang pilihanraya tetapi yang paling mereka tidak boleh terima ialah musuh mereka yang paling utama iaitu parti Amanah bukan saja telah merampas 11 kerusi milik Pas sebelum ini malah 9 daripada ahli parlimen parti Amanah telah di lantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

Namun sebagai kerajaan yang mahu lebih baik dari kerajaan lama, isu gelaran ini perlu di ambil kira sebagai satu perkara yang positif dan perlulah banyak bermuhasabah dengan diri sendiri setiap pandangan negetif oleh rakyat.

Pada saya kerajaan hari ini sememangnya kerajaan Pak Pandir dan menuju kerajaan sepenggal jika meneruskan kepandirannya.

Oleh kerana cuba nak menjadi baik daripada kerajaan lama maka kerajaan hari ini menjadi pandir apabila menteri-menterinya lansung tidak ada kuasa kerana semua kuasa di serahkan kepada KSU sampailah kepada peon di pejabat kementerian tersebut.

KSU adalah penentu projek-projek besar untuk di serahkan kepada kontraktor Umno yang mereka sudah punya hubungan sejak sekian lama dan peon pula sangat berkuasa dalam menjadi perantara di antara pejabat kementerian dengan kontraktor.

Menteri cuma menjadi Pak Pandir dan Timbalan Menteri cuma menjadi Mak Andeh di bangunan-bangunan kementerian di Putrajaya.

Bersambung.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.