https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pakatan Harapan perlu muhasabah

PAKATAN Harapan perlu bermuhasabah dengan mengambil keputusan pilihan raya kecil DUN Rantau sebagai satu amaran keras dari rakyat.

Sesungguhnya rakyat hari ini cakna dengan mutakhir politik dan tentunya prestasi kerajaan Pakatan Harapan sedang dinilai dan akhirnya diterjemah ke kertas undi.

Kerusi yang berkomposisi campuran sepatutnya menjadi taruhan kemenangan buat Pakatan Harapan namun berlaku sebaliknya.

Komunikasi dan segala bentuk penyampaian maklumat kepada rakyat haruslah diperkemas supaya pencapaian kerajaan hari ini berjaya sampai ke pengetahuan umum.

Segala janji-janji yang masih belum ditunai perlu diberi penjelasan agar rakyat mengerti akan bebanan yang perlu ditanggung oleh kerajaan PH.

Justeru saya menyeru semua pendukung Pakatan Harapan agar menerima kekalahan di DUN Rantau dengan hati yang terbuka sebagai permulaan untuk memenuhi aspirasi rakyat.

* Syed Badli Shah Syed Osman merupakan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.