'Saya akan ambil tindakan sewajarnya'
KOTA BHARU: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk
Salahuddin Ayub, akan mengambil tindakan sewajarnya berikutan penahanan
setiausaha politiknya berhubung kes menerima jam tangan mewah.
Katanya, beliau menerima hakikat mengenai perkara itu dan jika didapati bersalah, setiausaha politiknya akan terima akibatnya.
“Biarlah undang-undang yang mengambil tempat dan selepas itu, saya sendiri akan mengambil tindakan sewajarnya.
“Saya tidak akan terima ini (kesalahan) kerana prinsip saya yang penting intergriti. Jika mereka tidak pegang prinsip itu, mereka akan terima akibatnya,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Pengerusi Baru KADA, di sini, hari ini.
Ditanya mengenai sama ada kes itu akan memberi kesan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Salahuddin yang juga Timbalan Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata, rakyat lebih bijak berfikir dan menilainya.
“Dia (setiausaha politiknya) baru saja dituduh dan kalau dapati bersalah, biar rakyat menilainya,” katanya.
Media hari ini melaporkan setiausaha politik Salahuddin direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penerimaan jam tangan mewah bernilai RM28,000.
Setiausaha politik berusia 47 tahun itu ditahan sekitar jam 5 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.
Suspek disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.