Alahai PTPTN, masalah yang semakin membengkak
Oleh Adam Adli
Dengan sensasinya yang tak pernah luntur, PTPTN akan terus jadi masalah yang melingkari naratif politik dan ekonomi kita. Jangan marah bila orang bertanya, mengungkit, dan perli-perli; memang kita layak menerimanya. Kita gagal mengotakan apa yang kita janjikan. Gagal segagal-gagalnya.
PTPTN bukan isu yang baru diangkat hari ini. Bukan juga baru diangkat zaman saya masih dalam gerakan pelajar. Ia isu yang sudah mula membengkak sejak awal diperkenalkan.
Andai sahaja kita menyedari masalah yang bakal timbul sejak awal, kita akan jauh lebih berhati-hati dalam membincangkan soal PTPTN atau apa sahaja bentuk pinjaman pendidikan.
PTPTN adalah badan yang sudah disuratkan untuk terus gagal. Bukan hanya PTPTN, bukan hanya di Malaysia. Ia adalah nasib yang menimpa hampir semua tabung pinjaman pendidikan negara lain, hatta negara yang paling maju dalam ekonomi dan sektor pendidikan.
Kita bising dan mengungkit-ngungkit angka hutang terkumpul PTPTN yang mencecah RM40 billion, kononnya bakal jadi lebih teruk dari 1MDB. Rasionalnya, hutang RM40 billion ini bukan hutang dari satu syarikat yang terkumpul dalam tempoh hanya setahun dua seperti 1MDB. Ia hutang terkumpul dari jutaan peminjam sejak penubuhannya di tahun 1997.
Ia juga bukan hutang yang terbentuk hasil dari ketamakan kaum pemodal dan kroni yang disayangi kerajaan. Ia hutang yang terbentuk dari anak-anak muda yang hanya mahu menuntut setinggi-tinggi ilmu.
Tidak ada anak muda yang kaya kerana PTPTN seperti pemodal dan kroni kerajaan yang turut menikmati pinjaman dari kerajaan tanpa perlu disekat atau disenarai hitam kalaupun gagal bayar seperti yang sepatutnya.
Mengambil contoh supaya pembaca faham perbandingan dengan dunia luar, sejak 2014, Amerika Syarikat – ekonomi terbesar dunia menanggung hutang sebanyak US$1.2 trillion dalam bentuk pinjaman pendidikan yang tidak dapat dikutip dari lebih kurang 7 juta peminjam ingkar.
United Kingdom pula menanggung sebanyak UK£105 billion sejak diperkenalkan. Angka-angka ini jauh lebih besar dan kesan yang dirasai ke atas ekonomi mereka (terutama Amerika Syarikat) adalah jauh lebih berat.
Biar demikian – tidak pernah pula muncul cadangan bukan-bukan seperti larangan keluar negara, cukai jalan disekat, mahupun senarai hitam untuk peminjam-peminjam ini.
Bagi kaum pemodal Amerika – ia adalah pinjaman berisiko tinggi. Bagi United Kingdom pula – ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan akses pendidikan. Biar apa pun alasan mereka, hasilnya tetap sama. Pinjaman pendidikan adalah kes istimewa.
Peminjam yang gagal akan diberi peluang untuk melunaskan dengan cara terbaik, bukan dihambat lebih teruk daripada bank komersial.
Saya suka dan setuju dengan pandangan bahawa kita tidak perlu mengulangi kegagalan sistem pinjaman pendidikan negara lain.
Kita seharusnya mampu belajar dari ‘kerugian’ negara-negara tersebut dan mencari jalan keluar sendiri. Sebab itu, kita perlu betulkan niatnya terlebih dahulu.
Kalau niatnya adalah untuk membantu pelajar yang menyambung pengajian di saat ketiadaan biasiswa, maka tetapkan niat sebegitu.
Masalahnya – PTPTN sejak berzaman sudah menjadi lubuk untuk membuat untung dengan merompak masa depan pelajar.
Kroni-kroni kerajaan membuka kolej-kolej swasta dengan yuran yang mahal, membawa pula kepada kadar faedah dan upah pinjaman yang mengada-ngada – semuanya dengan niat untuk membuat untung dari poket pelajar. Sebab itu, ianya gagal.
Pendidikan bukan perniagaan. Pendidikan adalah hak anak semua bangsa dalam negara ini.
Hari in, orang kembali marah dengan PTPTN dan terutama sekali, kerajaan Harapan. Rasional untuk mereka marah-marah; kerana kerajaan ini bukan kerajaan yang berdiri untuk mengulangi kejahatan Umno.
Kerajaan ini berdiri untuk membawa perubahan dan kesenangan kembali kepada rakyat. Tidak perlu pusing-pusing lagi; laksanakan sahaja penangguhan bayaran pada kadar gaji yang wajar.
Kalau bukan RM4,000.00 seperti yang dijanji dalam PRU14, tetapkan kadar lain yang munasabah.
Alangkah jahat apabila orang yang mengkritik dan menuntut janji Harapan ini digelar dengan pelbagai panggilan. Tidak sedikit juga yang menggunakan hujah agama – hutang itu wajib dibayar.
Mungkin dia lupa, hutang korporat, hutang kaum pemodal ini bukan hutang yang dituntut agama – ini hutang yang diseliratkan dengan riba dan faedah yang menjerut masa depan pelajar.
Apa pula hukumnya kalau begitu?

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.