Hadi: PPBM ‘bersihkan’ Umno, PAS bakal bergabung PRU-15
KUALA KRAU, 11 Mei — PAS dan Umno boleh bergabung pada pilihan raya
umum ke-15 kerana “individu-individu ekstrem” dalam dua parti itu
menyertai Pakatan Harapan (PH), kata presiden PAS.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersyukur Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudi menerima individu terbabit menjadikan PAS dan Umno bersih dari masalah, lapor Harakahadily.
“Diambil
mereka yang dianggap sebagai masalah-masalah dalam Umno, dalam PAS ini
masuk PH. Tinggal kita parti yang alhamdulillah dalam keadaan baik.
“Dengan itu, usaha penyatuan PAS dan Umno akan berlaku dengan baik, insya-Allah ini natijahnya,” kata wakil rakyat Marang di Kerdau, di sini semalam.
Justeru
beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad
kerana mengambil orang seumpama itu ke dalam PH dan ia “menyelamatkan”
PAS dan Umno.
“Insya-Allah PAS dengan Umno akan bergabung hadapi PRU15 dan capai kemenangan.
Kemenangan dengan semangat Nuzul Quran, semangat Badar,” kata Abdul Hadi lagi.
Presiden PAS menjelaskan individu ekstrem itu bertembung sesama sendiri lali mewujudkan isu kafir mengkafir pada 1980-an disebabkan kejahilan terhadap Islam
.
Beliau berkata kumpulan individu itu diterima Umno termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian keluar sewaktu krisis 1998 sebelum menyertai PAS dan menimbulkan masalah lagi.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersyukur Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudi menerima individu terbabit menjadikan PAS dan Umno bersih dari masalah, lapor Harakahadily.
“Dengan itu, usaha penyatuan PAS dan Umno akan berlaku dengan baik, insya-Allah ini natijahnya,” kata wakil rakyat Marang di Kerdau, di sini semalam.
“Insya-Allah PAS dengan Umno akan bergabung hadapi PRU15 dan capai kemenangan.
Kemenangan dengan semangat Nuzul Quran, semangat Badar,” kata Abdul Hadi lagi.
Presiden PAS menjelaskan individu ekstrem itu bertembung sesama sendiri lali mewujudkan isu kafir mengkafir pada 1980-an disebabkan kejahilan terhadap Islam
.
Beliau berkata kumpulan individu itu diterima Umno termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian keluar sewaktu krisis 1998 sebelum menyertai PAS dan menimbulkan masalah lagi.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.