Bekas VC Haim Hilman Abdullah ‘Tin Kosong ’, Cuba Kritik Malaysia Lemah Tangani Krisis ?
Oleh Syam Ghaz
1. Kedah Gagal Bantu SME Sendiri
Sangat memalukan apabila seorang "Pakar Ekonomi PAS” seperti Dr. Haim Hilman hanya pandai mengkritik statistik 15% di media sosial, tetapi "mati kutu" di dalam sidang DUN Kedah sendiri (April 2026).
2. Beliau Gagal Jawab Soalan Dasar
Dalam Sidang DUN baru-baru ini, beliau didakwa gagal menjawab soalan asas mengenai langkah konkrit kerajaan negeri untuk membantu 54,000 SME di Kedah yang terkesan akibat krisis global.
3. Hanya Pandai Cari Silap Pusat: Apabila diasak mengenai bantuan untuk 48.6% syarikat SME yang terbeban dengan kos operasi, beliau sebaliknya "melompat" menyalahkan strategi komunikasi Persekutuan dan memuji negara luar seperti Singapura.
4. Mana Dana SME Kedah?
Kerajaan Pusat menyalurkan purata RM1.5 bilion - RM2 bilion sebulan untuk subsidi dan bantuan [Data April 2026]. Kedah pula hanya membentangkan Bajet 2025 bernilai RM1.26 bilion setahun, itu pun sebahagian besarnya bergantung kepada pemberian Persekutuan.
5. FAKTA TALIAN HAYAT: RM9.7 BILION DARI PUSAT
Jika Dr. Haim mendakwa Kerajaan Pusat "gagal membaca ekonomi", mengapa beliau tidak menolak peruntukan yang semakin meningkat untuk Kedah?
Peningkatan Peruntukan: Perdana Menteri telah meningkatkan peruntukan kepada Kedah daripada RM7 bilion (2021) kepada RM9.7 bilion pada 2025 untuk pembangunan, pengurusan dan bantuan rakyat.
6. Realiti Pahit buat Dr Haim:
Tanpa RM9.7 bilion ini, ekonomi Kedah akan lumpuh.
Dr. Haim hanya "mendabik dada" dengan angka pelaburan yang diluluskan oleh MIDA, tetapi gagal menyediakan skim bantuan khas negeri Kedah yang signifikan untuk SME yang beliau dakwa terbeban itu.
Dr. Haim sering membanggakan prestasi pelaburan Kedah, namun beliau lupa menyatakan bahawa kejayaan ini adalah hasil ekosistem yang dibina dan ‘menumpang’ Kerajaan Persekutuan.
7. Rekod Pelaburan 5 Teratas: Bagi tahun 2025, Kedah mencatatkan pelaburan diluluskan sebanyak RM27.8 bilion (ke-5 tertinggi di Malaysia).
Juara Pembuatan: Kedah menjadi No. 1 Nasional dalam sektor pembuatan dengan nilai RM24.6 bilion.
8. Siapa Cari Pelabur Sebenarnya?
Daripada jumlah itu, RM22.83 bilion (92.8%) adalah Pelaburan Asing (FDI).
FDI ini masuk melalui usaha MIDA dan MITI (agensi Persekutuan) melalui misi perdagangan antarabangsa yang dipimpin oleh PMX Anwar Ibrahim, bukan sekadar "duduk diam" di Alor Setar dan Putrajaya. Kerajaan Pusat yang bantu.
9. Hab Strategik: Pelaburan ini tertumpu di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dan Kedah Rubber City (KRC). Kedua-duanya adalah projek strategik Persekutuan dengan suntikan dana prasarana berbilion ringgit daripada pusat.
10. YB Exco Kedah. Dr. Haim Hilman jangan jadi "tin kosong" gah berteori tentang impak sistemik 15% diesel di Facebook, tapi bila ditanya solusi sistemik untuk SME di Sidang DUN Kedah, jawapannya hanyalah retorik kosong.
Beliau patut fokus belajar cara urus SME Kedah sebelum mahu mengajar Kerajaan Pusat tentang makroekonomi.
Syam Ghaz




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.