Jangan heret Amanah dalam isu 'kartel dedak': Raja Bahrin
KUALA TERENGGANU - Bekas ahli Majlis Syura Ulama Pas, Zaharudin Muhammad diminta mengemukakan bukti penglibatan Amanah dalam penyebaran poster mengaitkan lima pemimpin Pas terbabit 'kartel dedak' sebagaimana didedahkan menantu Presiden Pas itu, sebelum ini.
Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, beliau mahu Zaharudin memberi penjelasan berhubung status terbaharu di laman sosial Facebooknya, semalam yang dilihat menyalahkan Amanah dalam perkara itu.
"Apabila isu 'kartel dedak' ini dikeluarkan, saya pada mulanya tidak berhasrat untuk mengulas lanjut, tetapi, setelah nama Amanah pula dikaitkan dalam isu ini, saya terpaksa memberikan respons.
"Saya lihat isu ini melibatkan masalah dalaman dia (Zaharudin) bersama parti. Jangan heret kami (Amanah) ke dalam isu ini. Jika benar ada penglibatan Amanah, siapa orangnya dan apa buktinya?," katanya kepada pemberita pada sidang media hari ini.
Menyifatkan tindakan Zaharudin sebagai 'nakal' dan 'tidak manis', Raja Bahrin berkata, perbuatan itu juga tidak seharusnya dilakukan pada bulan Ramadan yang mulia ini.
"Tindakan beliau dilihat seolah-olah mahu mengucar-ngacirkan serta mencetuskan kontroversi. Sepatutnya kita tidak boleh buat tindakan melulu yang melibatkan orang yang tidak bersalah.
"Banyak spekulasi timbul susulan pendedahan itu antaranya ada yang mengaitkan ia adalah komplot untuk menyingkirkan individu yang didedahkan sebagai 'kambing hitam' supaya Pas kelihatan lebih bersih selepas ini.
"Ada juga pandangan mengatakan ia adalah peluang untuk komplot dalaman Pas menyingkirkan individu tertentu dalam kepimpinan tertinggi Pas," katanya.
Dalam pada itu, Raja Bahrin berkata, beliau enggan mengulas mengenai lima individu yang dikaitkan dengan 'kartel dedak' kerana menghormati bulan Ramadan.
"Saya tidak berhasrat mengulas lima individu yang dikaitkan kerana menghormati bulan Ramadan. Pada bulan yang mulia ini, kita perlu cermat menjaga lidah dan mulut.
"Apa yang saya persoalkan ialah mengapa kaitkan Amanah dalam isu ini dan mengapa hanya menggunakan 'initial' terhadap lima individu terbabit sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi.
"Sekiranya beliau (Zaharudin) mengetahui perkara ini sejak lama, mengapa pula baru sekarang beliau mahu dedahkan? Mengapa cerita sebenar disembunyikan daripada pengetahuan ahli dan penyokong Pas selama ini," katanya.
Terdahulu, selepas mendedahkan lima pemimpin Pas terbabit 'kartel dedak', Zaharudin menafikan pula dua nama yang tersebar dikaitkan dalam pendedahannya.
Beliau menafikan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan adik iparnya yang juga Ketua Pemuda Pas, Khalil Abdul Hadi tersenarai daripada lima pemimpin yang didedahkan tanpa menamakan siapa individu terbabit.
Dalam status yang dimuat naik, Zaharuddin berkata, orang ramai diminta tidak mempercayai dakwaan Amanah yang mengaitkan dua nama terbabit dalam kumpulan 'kartel dedak'.
"Ini palsu. Tidak sama dengan apa yang saya maksudkan. Takkan MB Terengganu terbabit? Takkan adik ipar ana (saya) sendiri terbabit. Jangan percaya Amanah," katanya menerusi status yang dimuat naik bersama poster lima pemimpin Pas didakwa ada kaitan dengan 'kartel dedak'.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.