https://critoxium.com/shop/

Terkini

Lima jam petrol percuma, wakil DAP hargai penghantar makan

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Penghantar makanan bermotosikal esok berpeluang mengisi petrol secara percuma selama lima jam.

Ahli parlimen DAP Lim Lip Eng berkata mereka yang terlibat dijemput ke stesen minyak Caltex di Batu 8 Jalan Kepong bermula 12 tengah hari sehingga 5 petang.

“Tujuan program isi petrol percuma ini adalah sebab saya menghargai kesungguhan para penghantar makanan bermotosikal, khususnya di bulan Ramadhan ini.

“Kami akan mengisi minyak ke dalam tangki motosikal mereka hingga penuh,” kata ahli parlimen Segambut.

Program Isi Petrol Percuma terbuka kepada semua penghantar makanan termasuk Dahmakan, Foodpanda, Grabfood, Honestbee dan lain-lain.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.