https://critoxium.com/shop/

Terkini

Maszlee akui kelemahan diri

MENTERI Pendidikan Maszlee Malik berkata beliau menyedari kekurangannya dan memerlukan sokongan dari semua pihak untuk memperbaiki diri.

Beliau berkata demikian menerusi tulisannya di Twitter hari ini susulan kritikan yang diterimanya di media sosial, ulasan akhbar dan portal berita. Malah beliau sering menjadi sasaran kritikan ahli politik pembangkang.

“Sebagai seorang menteri, saya sedar saya banyak kelemahan. Saya menyedarinya dan akan terus bertungkus lumus memperbaiki diri.

“Dan saya percaya, perubahan bukan kerja seorang diri. Saya perlukan bantuan dari anda semua,” tulisnya di Twitter.

Ia diakhiri dengan “Untuk esok yang lebih sempurna”.

Paling baru, Maszlee dikritik ekoran mengaitkan kuota 90% Bumiputera bagi program matrikulasi dengan diskriminasi oleh sektor swasta yang mengenakan syarat Bahasa Mandarin ketika memohon pekerjaan.

Beliau turut dikritik kerana menolak cadangan supaya murid diajar mengenai agama lain selain pendidikan Islam di sekolah.

Tahun lalu, menteri pendidikan itu diselar kerana memperkenalkan pemakaian kasut hitam di sekolah. Pengkritik menasihatkan beliau supaya lebih menumpukan perhatian kepada perkara yang jauh lebih penting dalam sistem pendidikan

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.