Reformasi budaya tuntut perubahan minda
KEPEMIMPINAN Pakatan Harapan (PH) berjaya mengatasi beberapa cabaran
besar pemerintahan selepas mengambil alih kerajaan setahun lalu.
Penegasan terhadap gejala rasuah, keterbukaan media dan penekanan
program ekonomi membabitkan golongan bawahan antara pencapaian terbaik
yang harus diberi pujian.
Pada tahun kedua dan selanjutnya, kerajaan mesti memberi tumpuan terhadap reformasi budaya. Sejak setahun lalu, isu membabitkan kaum dan agama menimbulkan kegusaran meluas. Beberapa langkah kerajaan dalam memperkenalkan pendekatan budaya baharu mendapat tindak balas negatif sebahagian kelompok masyarakat. Pengalaman itu mesti dijadikan pengajaran.
Reformasi budaya mesti dilaksana penuh hemah
Langkah reformasi budaya seperti usaha mendakap globalisasi menerusi proses ratifikasi piagam antarabangsa tertentu memberi impak bertentangan di sebalik hasratnya yang murni. Nyata, reformasi budaya dalam konteks negara kita mesti dilaksanakan dengan penuh hemah, beransur dan hikmah.
Sekiranya gopoh, tindak balas budaya bertentangan pula diperoleh seperti mendorong kemunculan budaya konservatisme yang bertambah menebal.
Reformasi budaya yang berkesan memerlukan beberapa langkah kebudayaan yang tertib. Gerakan ini hendaklah bermula dengan kegiatan libat urus (enggagement) yang menyeluruh dari kalangan pemegang taruh di pelbagai peringkat.
Pelaksanaan reformasi menggunakan pendekatan ‘kuasa dari atas ke bawah’ tidak sesuai lagi pada era masyarakat terbuka kini. Proses libat urus budaya menuntut kerajaan menyediakan ruang penyertaan dialog yang luas dan dorongan sumbangan idea serta fikiran yang pelbagai.
Reformasi budaya juga menuntut langkah mempromosi landasan pertengahan dalam bentuk pemikiran, nilai dan amalan dalam kehidupan rakyat terbanyak.
Dalam tradisi Islam, nilai wasatiyyah mesti diberi penekanan semula seiring dengan nilai rahmah bagi memupuk budaya hidup yang dipandu semangat kesejagatan.
Tarbiyyah budaya pertengahan mesti dijadikan pendekatan penting dalam agenda reformasi budaya.
Ia berperanan dalam mengimbangi sebarang bentuk penularan gejala berfikir ultra konservatif dalam kehidupan rakyat.
Golongan ultra konservatif sama ada berasaskan agama, kaum dan budaya mesti dihalangi secara cermat supaya tidak berkembang menjadi sebuah gejala budaya radikal yang boleh mengundang konflik dan pertentangan.
Dalam masa sama, nilai konservatisme positif hendaklah terus dipupuk. Kemunculan gejala ‘ketuanan kulit putih’ (white supremacy) di dunia Barat hari ini adalah contoh budaya ultra konservatif yang mesti dielakkan berkembang dalam negara kita.
Oleh itu, gerakan reformasi budaya berasaskan wasatiyyah dan rahmah mesti menjadi agenda utama kerajaan pada tahun mendatang.
Antara fokus utama dalam gerakan reformasi ini ialah memperluaskan rangkaian komuniti yang mencintai keamanan dan menghargai kemajmukan kehidupan.
Pengisian reformasi budaya menuntut proses perubahan minda dalam kehidupan rakyat. Malah, ia menuntut keberanian politik bagi menilai dasar yang menghambat kepada terbinanya keseimbangan hidup masyarakat.
Hakikat iaitu rakyat negara kita terbina dalam ruang budaya yang tersendiri sejak sekian lama kesan dari warisan di era penjajahan lampau, mesti diakui.
Struktur budaya masyarakat yang berpecah-pecah adalah cabaran terpenting dalam gerakan reformasi budaya. Matlamat daripada reformasi budaya ialah memperluaskan kewujudan ruang-ruang awam baru yang boleh menggerakkan proses sosialisasi budaya secara tabie di antara pelbagai kelompok masyarakat yang terpecah.
Elak prejudis, pupuk jiwa kebersamaan
Banyak ruang sosial, agama, pendidikan, seni dan sukan yang boleh dikembangkan secara kreatif bagi menggalakkan sosialisasi budaya yang rancak, seterusnya mengatasi hambatan prejudis dan memupuk jiwa kebersamaan serta mengukuhkan landasan budaya pertengahan.
Reformasi budaya yang berkesan memerlukan dokongan pertubuhan masyarakat sivil. Kerajaan hendaklah menyediakan peruntukan yang wajar bagi pertubuhan sivil dan masyarakat madani untuk turut serta menjayakan gerakan reformasi budaya.
Ini penting bagi membolehkan segmen komuniti ini membantu kerajaan mengembangkan nilai kenegaraan yang sederhana menerusi semangat kesukarelaan secara majmuk.
Kerajaan tidak boleh terlalu berkira-kira dalam menyediakan peruntukan besar bagi gerakan kebudayaan. Reformasi budaya akan membangunkan modal sosial, politik dan ekonomi yang akan menyumbang kepada pengukuhan ekosistem kesejahteraan negara yang mampan

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.