https://critoxium.com/shop/

Terkini

Tabung Haji semakin pulih, untung RM440 juta Jan-Mac 2019

KEDUDUKAN kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) semakin baik berdasarkan prestasinya sepanjang tiga bulan pertama tahun ini, hasil proses penstrukturan dan pemulihan sejak Disember 2018, kata syarikat dalam satu kenyataan.

Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, aset TH semakin kukuh mengatasi liabiliti selain mencatatkan keuntungan dan pertambahan pendeposit baharu.

“Kedudukan kewangan TH semakin kukuh dengan jumlah aset melebihi jumlah liabiliti sebanyak RM1.2 bilion, disokong oleh peningkatan prestasi portfolio pelaburan serta kualiti keseluruhan aset yang sihat setelah rosotnilai dibuat pada tahun 2018.

“Bagi suku tersebut, TH berjaya memperoleh pendapatan berjumlah RM623 juta dan mencatat keuntungan bersih RM440 juta.” kata lembaga itu dalam satu kenyataan.

TH juga menjangkakan pendapatannya terus meningkat sehingga Jun 2019 dengan penerbitan sukuk oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd, yang bakal memberi pulangan hampir RM800 juta setahun, serta pelarasan pelaburan baharu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.