Aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim mengecam Pengerusi Perbadanan
Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan susulan cadangan memperkenalkan semula sekatan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar pinjaman.
Adam mendakwa cadangan itu bercanggah dengan aspirasi PH.
"Wan Saiful tidak membuat kerja ikut aspirasi PH.
"Dia
ingat diri dia lagi besar daripada kerajaan sebab buat keputusan
bercanggah dengan kerajaan. Asyik bagi alasan menjengkelkan dengan kata
nak bincang.
"Dia menjadikan PTPTN badan paling bangsat dalam negara," katanya kepada Malaysiakini.
Adam berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan yang dibangkitkan dalam taklimat awam pentadbiran tinggi PTPTN, semalam.
Tambah
Adam, perkembangan terbaru berhubung isu PTPTN itu menunjukkan Wan
Saiful tidak menyelesaikan masalah berbangkit meskipun sudah menjawat
jawatan sebagai pengerusi perbadanan itu sejak Jun tahun lalu.
"Saya
tak faham apa rasional kenakan sekatan seperti halang luar negeri macam
ini, untuk dijadikan satu cadangan yang boleh diambil kira.
"Macam mana dia nilai prestasi diri sendiri?
"Wan Saiful sepatutnya bantu pelajar untuk jelaskan hutang. Ini tidak, bangkit isu lama pasal sekatan ini lagi," katanya.
Terdahulu, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata cadangan itu hanya "salah faham" dan "bukan daripada PTPTN".
Dalam
taklimat bersama media yang turut dihadiri Wan Saiful semalam,
pentadbiran PTPTN memaklumkan bahawa pihak mereka sedang meneliti
beberapa cadangan untuk mengutip baki pinjaman pendidikan.
Timbalan
CEO PTPTN, Mastura Mohd Khalid berkata, ia termasuklah cadangan
menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan
lesen perniagaan kepada kabinet.
Mastura juga menambah bahawa
sekatan perjalanan merupakan kaedah paling berkesan oleh PTPTN dalam
usaha mengumpul balik bayaran pinjaman daripada peminjam yang gagal
membuat bayaran.
Bukan lubuk buat duit
Mengulas lanjut, Adam menegaskan bahawa pinjaman pendidikan bukan pinjaman komersial.
Katanya, PTPTN ditubuhkan untuk meningkatkan pendidikan rakyat dan bukannya lubuk untuk meraih keuntungan.
"Jangan
jadikan PTPTN itu sama macam syarikat korporat kewangan lain. Jangan
mengambil kesempatan atas peminjam yang tiada pilihan.
"Mereka
ini sebenarnya bukan ada banyak pilihan. Sudah jadi tradisi pelajar
masuk universiti ambil pinjaman PTPTN, jadi jangan ambil kesempatan,"
katanya.
Dalam manifesto sebelum PRU ke-14, PH berjanji untuk
menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang
mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai
hitam ke atas peminjam.
Pada Jun tahun lalu, sebanyak 265,149 nama
daripada 433,708 peminjam PTPTN telah dikeluarkan daripada senarai
hitam Jabatan Imigresen.
Bagaimanapun, peminjam bergaji RM4,000 ke
bawah masih perlu membayar pinjaman seperti biasa kerana kedudukan
kewangan negara dikatakan belum kukuh.
Wan Saiful jadikan PTPTN paling 'bangsat', kata Adam Adli
Reviewed by editorreformis
on
Mei 18, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Peminat industri hiburan hari ini dikejutkan dengan berita pemergian pelawak Abam Bocey yang meninggal dunia di kediamannya di Gombak p...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.