Cabaran Latheefa runtuhkan tembok koruptokrasi Malaysia
Oleh Ismail Hashim Yahaya,
RASANYA isu saluran perlantikan sama ada melalui parlimen atau kabinet sudah dikira muktamad kerana perdana menteri mempunyai hak perogatifnya. Ini sudah dinyatakan sendiri oleh Dr Mahathir Mohamad sendiri bahawa pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu adalah keputusan muktamad
Perdana menteri berkata lantikan itu dibuat seperti mana beliau melantik pegawai lain.
“Tak ada masalah, saya lantik banyak orang, banyak pegawai saya terpaksa lantik, ini (pelantikan Latheefa) satu daripada pegawai, itu saja… (keputusan melantik Latheefa) kalau dah putus, muktamadlah, takkan nak kalih balik, nanti kata saya u-turn,” katanya ketika ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir di Seri Mentaloon.
Oleh itu, tidak perlulah kepada petisyen dan semua itu.
Cabaran besar bagi Latheefa ialah bagaimana meruntuhkan tembok koruptokrasi. Ia bukan sekadar membongkarkan kes demi kes dan melihat setiap isu rasuah sebagai kes berasingan.
Ia adalah suatu barah dalam sistem politik dan budaya masyarakat di negara ini dengan tidak mengira agama dan bangsa (yang sudah membusuk di kepala ikan, harap tidak merebak sampai ke ekor).
Ini kerana sepanjang pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) telah wujud situasi ketidakpastian kerana ketidakseimbangan antara undang-undang awam (public law) dan fakta politik (political fact).
Ketidakpastian, kekaburan, dan ketidakseimbangan ini tercetus kerana terhapusnya batas-batas antara ”lingkungan undang-undang” (the legal) dan ”lingkungan politik” (the political): antara ”aparat” dan ”penjahat politik”, atau ”penegak hukum” dan ”objek undang-undang”.
Keadaan terumbang-ambing ini juga akibat tumpang tindih antara institusi penegak undang-undang dan institusi politik.
Meskipun secara perundangannya, undang-undang seperti menangkap perasuah melalui SPRM, namun secara budayanya ia seolah-olah bertumpang tindih. Ini mewujudkan fragmentasi sosial dan budaya pada tingkat budaya institusi.
Institusi politik dapat memandang dirinya sebagai kelompok penting dan dapat melepasi institusi penghakiman.
Jika institusi sosial seperti badan masyarakat menyuarakan kepincangan institusi politik dan budaya rasuah yang berleluasa, ia akan dilihat oleh kerajaan yang berkuasa sebagai musuh.
Bahkan kes-kes rasuah yang dibawa ke mahkamah akan berubah menjadi kes terpencil kerana ada kepentingan kelompok politik melalui amalan kleptokrasi.
Oleh itu akan dibangunkan hubungan “kami” (we) yang dipertentangkan dengan yang “bukan kami” (other). Situasi ini menciptakan hubungan bercirikan konflik “kami”/”mereka” di antara institusi politik kerajaan dan institusi sosial dan pihak-pihak kritikal yang lain.
Sebagai “aparat” negara, institusi penghakiman kadang kala tidak bebas, tunduk dan patuh kepada institusi politik yang mencorakkan kerajaan, yang mengarah, menentu, melakar, mengendalikan atau menjaga gestur, perilaku, pandangan atau wacana, seolah-olah rasuah tidak berlaku. Dan media memainkan peranan untuk melindungi rasuah kelompok politik daripada terburai atau didedahkan.
Dalam membenteras rasuah, aparat negara seperti SPRM, polis, kastam harus berperanan “mendisiplinkan” manusia sebagai subjek undang-undang, baik secara langsung atau tidak langsung untuk mencegah, menghapus dan menghilangkan kejahatan amalan rasuah.
Akan tetapi, ketika tindakan kejahatan rasuah dilakukan oleh ahli politik atau pentadbir dalam sebuah institusi politik, organisasi kerajaan atau aparatnya – baik secara individual mahupun kolektif – yang tercipta adalah aparat dengan sifat-sifat ironi, anomali dan pertentangan aparat pembenteras rasuah yang korup, lembaga penegak undang yang melanggar undang-undang.
Aparat yang berfungsi membenteras rasuah justru “memelihara” rasuah dan mental korup itu tercipta dalam kalangan pentadbirnya, seperti yang dapat dilihat dalam kes pendakwaaan kakitangan JPJ di Pulau Pinang misalnya.
Begitu juga dengan pendedahan dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang bahawa terdapat 265 kontena yang mengandungi sisa sampah plastik telah dibawa masuk ke negeri itu dan kini tersadai di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) sejak Januari lalu.
Bukankah itu ada bau-bau rasuah yang berlaku secara misteri?
Apa yang terjadi semasa pemerintahan BN dahulu ialah institusi yang memiliki kuasa membanteras rasuah, justeru terlibat membela anggotanya yang rasuah. Pengarah dan ketua dihentikan atau ditukar ke tempat lain. Kuasa digunakan secara kontradiktif dalam membela perasuah melalui institusi kerajaan yang seharus bertindak neutral.
Di sinilah saya mengambil istilah yang digunakan Yasraf Amir Piliang, ilmuwan semiotika dari Indonesia, sebagai Rechstaat iaitu prinsip politik di mana kekuasaan rakyat diwakilkan pada kekuatan di Parlimen sebagai penegak undang-undang. Semasa pemerintahan BN, ia menjelma menjadi Korruptstaat, di mana kekuatan undang-undang diambil alih oleh kekuatan para perasuah/ahli politik kerana kalangan penegak undang-undang (ahli parlimen) itu sendiri adalah para perasuah atau koruptornya, yang berlindung di sebalik undang-undang.
Dalam sebuah negara yang dibangunkan di atas asas Korruptstaat, prinsip demokrasi juga dijalankan secara ironis dan bertentangan. Prinsip demokrasi – di mana kekuasaan berada di tangan rakyat – kini menjelma jadi “koruptokrasi” (corruptocracy), di mana kekuasaan politik dipegang oleh para pejabat tertinggi pemerintah.
Ironinya, para pentabir yang korup ini berlindung di sebalik kuasa institusi awam dan kerajaan agar tidak tersentuh oleh undang-undang.
Dalam Korruptstaat inilah kuasa institusi dan pejabat pemerintah digunakan untuk menyembunyikan dan sekaligus melanggeng dan membudayakan kejahatan rasuah di tubuh institusi dan kementerian sekalipun.
Reproduksi hubungan rasuah dan perasuah akan diulangi, dipulihara dan dipelihara dalam hubungan sosial rasuah dan perasuah. Mental rasuah ini akan meresap ke dalam institusi, baik di kementerian dan jabatan kerajaan serta parti.
Akibatnya, rasuah diwariskan dari satu generasi ke generasi lainnya. Dalam situasi negara dikendalikan ideologi koruptokrasi (semasa era pemerintahan BN), perang melawan rasuah hanyalah sebuah utopia kerana aparat korup, justeru dilindungi oleh institusi kerajaan dan awam.
Dengan demikian, Latheefa dalam tugasnya membenteras rasuah harus mewajahkan diri SPRM dari aspek holistik kerana rasuah sudah membarah dalam masyarakat.
Mungkin SPRM tidak boleh bertindak sendiri, ia dibantu oleh instiisi kepolisian, kastam, ketenteraan, kementerian, institusi awam, politik, ekonomi, badan dan jabatan, institusi pendidikan dan tidak ketinggalan institusi agama, sosial dan masyarakat serta budaya.
Apa peranan ustaz, mutfi, imam, golongan fuqaha atau institusi agama dalam usaha membanteras amalan rasuah?
Seluruh rakyat Malaysia harus memgembelingkan tenaga membantu mencabut akar umbi budaya dan tabiat rasuah dalam kalangan masyarakat dari elit pemerintahan, ahli politik dan perniagaan instiutis diraja sehingga ke rakyat jelata.
Selamat bertugas Latheefa!

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.