https://critoxium.com/shop/

Terkini

Faedah tidur seketika

Tidur ialah merehatkan badan dan minda beberapa jam pada waktu malam iaitu sistem saraf tidak aktif, mata ditutup dan otot postur berehat.

Bagaimana jika keadaan sebaliknya berlaku apabila kita tidak atau kurang tidur? Sudah tentu orang yang kurang tidur boleh menyebabkan memorinya terganggu dan keletihan bahkan mampu membawa kepada risiko-risiko buruk yang lain. Sebenarnya, masalah ini dapat diatasi jika anda tidur seketika pada waktu siang. 

Berikut adalah beberapa tip berguna daripada pengarang buku, Take A Nap , Change Your Life, Dr. Sara Mednick yang juga adalah seorang pakar penyelidikan amalan tidur sebentar.

*Pertimbangkan aspek psikologi. Sedari bahawa anda bukan malas tetapi tidur sebentar akan meningkatkan produktiviti serta kecergasan apabila anda bangun nanti.

*Cuba tidur sebentar pada sebelah pagi atau selepas makan tengah hari. Pola harian manusia menjadikan waktu lewat tengah hari adalah masa yang paling mudah menyebabkan anda tidur nyenyak sehingga mengakibatkan rasa terhoyong-hayang.

*Elakkan pengambilan kafein berlebihan serta makanan yang kaya dengan gula dan lemak yang boleh menganggu keupayaan seseorang untuk tidur .

*Sebaik-baiknya, sejam atau dua jam sebelum waktu tidur (sebentar) anda, makanlah makanan yang kaya dengan protein dan kalsium untuk menggalakkan rasa mengantuk.

*Dapatkan tempat yang sunyi dan bersih agar tiada orang yang lalu-lalang atau mendengar deringan telefon yang menganggu tidur anda.

*Seboleh-bolehnya gelapkan zon tidur anda dengan memakai cermin mata hitam misalnya. Kegelapan dapat merangsang melatonin iaitu sejenis hormon pengaruh tidur .

*Ingatlah bahawa suhu badan menjunam apabila anda tidur . Jadi, tingkatkan suhu bilik atau gunakan selimut jika anda rasa terlalu sejuk.

*Setkan penggera sebaik sahaja anda rasa selesa dan relak dalam kedudukan yang memudahkan anda tertidur.

INFO

Dari perspektif Islam, tidur pada waktu siang turut diiktiraf sebagai salah satu amalan yang baik. 

Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa: “hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadat pada malam hari seperti sahur membantu puasa pada siang hari.” Tidur sekejap pada waktu siang bertujuan menyegarkan semula bukan saja jasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadat dan melaksanakan rutin hariannya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.