Idea-idea asal sosialis/komunis yang sudah menjadi arus perdana
Antara idea-idea asal sosialis/komunis yang sudah menjadi arus perdana.
1. Cuti umum hari Ahad. Sebelum itu pekerja bekerja tujuh hari seminggu. Negara Islam menukarkannya pada hari Jumaat.
2. Waktu bekerja 8 jam sehari. Sebelum itu, ada pekerja yang kena bekerja sampai 12 jam.
3. Penubuhan Kesatuan Sekerja dan segala mekanisme rundingan penetapan gaji. Sebelum itu syarikat menetapkan gaji pekerja sewenang-wenangnya.
4.Larangan kanak-kanak bekerja. Sebelum itu kanak-kanak pun bekerja di lombong-lombong.
5. Gaji minimum. sebelum itu tiada.
6. Sambutan Hari Buruh dan cuti umum untuk pekerja. Sekarang pada 1 Mei, orang bukan pekerja pun dapat cuti umum.
7. Sambutan Hari Wanita Antarabangsa dan segala tuntutan hak persamaan wanita dengan lelaki terutama soal persamaan gaji.
8. Dasar Ekonomi Baru yang asal dikemukakan oleh Lenin bagi memberi ruang pada perniagaan kecil dalam ekonomi terancang Soviet Union. Dasar Ekonomi Baru di Malaysia mempunyai serampang dua mata; membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Tetapi akhirnya hanya dikenali sebagai dasar membantu orang Melayu.
9. Syarikat-syarikat milik kerajaan. Sebelum itu kerajaan tidak memiliki syarikat. Kerajaan sosialis Parti Buruh di Britain yang memulakan nasionalisasi syarikat penting dalam sistem demokrasi. Antara syarikat yang pertama dijadikan milik negara adalah keretapi.
10. Perkhidmatan Kesihatan Percuma seluruh negara. Di negara demokrasi, ia dimulakan oleh kerajaan sosialis Parti Buruh di Britain. Tetapi di Malaysia, sistem itu diwarisi daripada amalan kerajaan kolonial British. Asalnya keseluruhan sistem kesihatan di Malaya diasaskan supaya pekerja-pekerja di lombong bijih timah dan ladang getah terus sihat supaya mereka dapat bekerja untuk memastikan ekonomi Britain terus kuat.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.